Langkau ke kandungan

Cara seorang ahli arkeologi memelihara dan berkongsi warisan kebudayaan Mesir dengan dunia.

Sebagai salah seorang pakar warisan yang terkemuka, Dr. Monica Hanna menggunakan produk Google untuk menjalankan penyelidikannya sambil memberikan inspirasi kepada para wanita di dunia Arab.
Bacaan 2 minit

Sejak dahulu lagi, Dr. Monica Hanna telah menentukan hala tuju kerjayanya, walau apapun halangan yang dihadapi. Sebagai seorang gadis kecil yang tinggal di Mesir, beliau bertekad untuk menjadi seorang ahli arkeologi dan mendapat galakan daripada ibunya—walaupun pada hakikatnya, bidang tersebut telah dan masih dikuasai oleh kaum lelaki.

Kini, Dr. Hanna bukan sahaja ahli arkeologi yang terkemuka, malah seorang cendekiawan yang terkenal, Dekan Pengasas Unit Warisan Kebudayaan dan Arkeologi di Akademi Arab untuk Sains, Teknologi dan Pengangkutan Maritim, serta menjadi inspirasi kepada wanita di dunia Arab termasuk anak perempuan beliau yang berumur 5 tahun.

Misi Dr. Hanna untuk memelihara warisan Mesir bukanlah mudah. Sebahagian daripada masalahnya ialah maklumat yang tidak dapat diakses secara universal pada masa dahulu. Pada awal kerjaya Dr. Hanna, maklumat akademi yang berkaitan dengan sejarah Mesir sama ada sukar diperoleh atau dikongsi, atau kedua-duanya sekali.

Dr. Hanna perlu meredah kesibukan kota raya Kaherah untuk ke perpustakaan dan meneliti kertas-kertas kajian untuk cuba mendapatkan dokumen penyelidikan yang sesuai untuk kajiannya dan sering mendapati dokumen tersebut sama ada tidak wujud atau tiada di Mesir. Kebanyakan kajian yang beliau temukan dan gunakan tidak ditulis dalam bahasa Arab.

Apabila keluar ke lapangan, beliau akan mencari tapak penggalian arkeologi di tengah-tengah padang pasir dengan hanya berpandukan sekeping peta, di lokasi yang jauh dari mana-mana bandar. Tanpa bantuan imejan satelit, tiada jaminan bahawa tapak tersebut wujud.

bayang Dr. Hanna
Dr. Hanna membuat lawatan lapangan dengan pelajarnya Piramid semasa matahari terbit
Pelajar Dr. Hanna di Kuil Philae Komputer riba dengan Peta Google

Produk Google seperti Carian, Scholar dan Peta telah membawa perubahan besar dalam kerja Dr. Hanna. Produk ini menjadi alatan penting untuk penyelidikan beliau sendiri dan dalam kurikulum yang diajar kepada pelajarnya. Dengan Google Scholar, beliau menggunakan platform tersebut untuk melanjutkan pelajaran beliau sendiri sambil turut menyumbang kembali kepada platform tersebut dengan berkongsi kutipan beliau dengan cendekiawan lain di seluruh dunia.

Walaupun kerja Dr. Hanna berpangkalan di Mesir, beliau dapat berhubung dengan khalayak global dan menggunakan pengetahuan komuniti penyelidikan tersebut, kemudian mengedarkan dapatan beliau ke seluruh dunia secara percuma.

"Teknologi menyediakan peluang yang sama untuk semua orang mengakses warisan mereka."
Dr. Monica Hanna

Dr. Hanna memperkaya pemahaman dunia tentang warisan Mesir, membantu untuk menarik pengunjung dari serata dunia dan merapatkan jurang antara generasi baharu dengan sejarah kebudayaannya. Dalam usaha memelihara legasi Mesir, boleh dikatakan beliau telah mencipta legasi beliau sendiri.

Berita Berkaitan

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Perihal seorang wanita yang menyelamatkan nyawa menggunakan motosikal, bank darah dan Peta Google

Meraikan perniagaan kecil kerana sentiasa berada berdekatan apabila diperlukan

Perihal lima orang wanita di DR Congo mencipta peluang menggunakan Carian

Seorang veteran menemukan misi baharu untuk membina dunia yang lebih inklusif

Kembali ke atas