Pendekatan kami untuk bekerjasama dengan pembekal dan rakan kongsi pengambilan pekerja di seluruh dunia

Sejak Google mula melaksanakan kontrak, kami sentiasa berusaha untuk memilih pembekal dan rakan kongsi pengambilan pekerja yang terbaik di seluruh dunia. Kami bekerjasama dengan syarikat luar ini secara kontraktual untuk menyediakan perkhidmatan khusus atau untuk memenuhi keperluan jangka pendek untuk sementara waktu. Dalam era pengkhususan, rantaian bekalan global dan pekerjaan berdasarkan projek, pendekatan ini digunakan secara meluas dalam pelbagai syarikat besar.

Tenaga kerja lanjutan kami terdiri daripada pekerja pembekal dan rakan kongsi pengambilan pekerja — yang masing-masing merupakan vendor dan kakitangan sementara — serta kontraktor bebas yang bekerja sendiri. Mereka memainkan peranan yang penting untuk Google dan kami mengambil berat tentang pengalaman mereka bekerja dengan syarikat kami. Walau bagaimanapun, ahli tenaga kerja lanjutan bukan warga kerja Google, malah tidak pernah bekerja dengan Google. Vendor dan kakitangan sementara diambil bekerja sepenuhnya oleh pembekal dan rakan kongsi pengambilan pekerja kami.

Dasar pembekal dan rakan kongsi pengambilan pekerja kami direka bentuk untuk memastikan kerja kami dengan syarikat ini kekal jelas, tertakrif dengan baik dan konsisten di seluruh dunia. Memandangkan pekerja mereka hanya bekerja untuk kami bagi tempoh yang terhad, dasar kami memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang diperlukan untuk bekerja dengan kami – tidak lebih dan tidak kurang. Dasar kami juga memastikan kami beroperasi dengan secekap mungkin dan mematuhi parameter tenaga kerja dan undang-undang di seluruh dunia.

Sebagai contoh, Tatakelakuan Pembekal kami yang sudah lama diasaskan untuk mentadbir cara kami bekerja dengan semua pembekal dan rakan kongsi pengambilan pekerja. Kami memeriksa setiap syarikat yang bekerjasama dengan kami dari semasa ke semasa – dan menyiasat pematuhan apabila perlu — menurut dasar ini untuk memastikan keadaan kerja yang selamat disediakan kepada ahli tenaga kerja lanjutan tanpa mengira lokasi mereka semasa bekerja untuk Google. Dasar kami turut menjelaskan bahawa pembekal dan rakan kongsi pengambilan pekerja kami, sebagai majikan, menetapkan dan menyediakan semua keadaan kerja untuk pekerja mereka sendiri, termasuk gaji dan manfaat.

Kami perlu memastikan bahawa semua orang dalam komuniti kami dilayan dengan adil dan bermaruah. Dasar gangguan dan diskriminasi dan Tatakelakuan Google kami yang merangkumi seluruh syarikat dikenakan pada semua orang yang bekerja untuk dan dengan kami. Ahli tenaga kerja lanjutan perlu mematuhi dasar ini dan mempunyai akses kepada talian bantuan yang sama seperti pekerja Google untuk melaporkan kebimbangan (termasuk secara tanpa nama). Mereka juga boleh terus mengemukakan kebimbangan menerusi majikan mereka.

Yang paling penting, kami memastikan kami dipertanggungjawabkan dan memelihara integriti amalan pengikatan kontrak kami menerusi alatan seperti Laporan Tanggungjawab Pembekal dan program Kepelbagaian Pembekal. Kami menghormati hak tenaga kerja semua orang yang terlibat dalam projek Google. Selain itu, kami akan terus berusaha dengan sedaya upaya untuk melakukan peningkatan bagi menggalakkan persekitaran tempat kerja yang mengamalkan sikap saling hormat-menghormati dan positif untuk semua orang — majikan, vendor, kakitangan sementara dan juga kontraktor bebas.

Kembali ke atas