Langkau ke kandungan

Bacaan 2 minit

Meraikan perniagaan kecil di seluruh dunia

Perniagaan kecil ialah elemen asas komuniti di seluruh dunia. Pada Hari Perniagaan Kecil Antarabangsa, mari kita lihat beberapa perkara yang dicari oleh pengguna berkaitan pemilikan perniagaan kecil, berdasarkan data Aliran Google.

Perniagaan kecil berada di mana-mana sahaja, dari kota raya terbesar hingga kampung terkecil dan perniagaan baharu sedang dibuka setiap masa. Walau bagaimanapun, sebelum sampai ke tahap itu, perniagaan itu harus merealisasikan idea mereka.

Imej: Pamela Vallarta menyiapkan kek.

"Kek pertama yang saya buat adalah untuk hari jadi ayah saya yang ke-60", kata Pamela Vallarta, pemilik Pasteles Increibles di Mexico City. "Selepas itu, semua orang meminta saya membuat kek untuk mereka".

“kerja sampingan”

Pamela Vallarta sememangnya seorang yang kreatif dan beliau juga minat memasak sejak kecil lagi. Apabila beliau membuat kek, beliau menggabungkan kedua-dua sifat itu untuk menghasilkan sesuatu yang lazat dan hebat. "Saya bermula di dapur ibu bapa saya, sebagai hobi," katanya. Kini, kerja sampingannya telah berubah menjadi Pasteles Increibles, sebuah perniagaan penuh di Mexico City, Mexico — dan Pamela bukanlah satu-satunya orang yang mempunyai visi mahu mengubah nyala rasanya menjadi kerjayanya.

Di seluruh dunia, orang mencari cara untuk memulakan pelbagai jenis perniagaan yang berbeza. Tahun ini, carian seperti comment démarrer une entreprise de marketing des médias sociaux (cara memulakan perniagaan pemasaran media sosial) di Perancis, avviare un'impresa di costruzioni (mulakan syarikat pembinaan) di Itali dan cómo iniciar un negocio rentable por internet (cara memulakan perniagaan yang menguntungkan dalam talian) di Mexico merupakan perniagaan yang paling kerap dicari oleh orang yang mahu memulakan perniagaan di negara-negara tersebut.

See the data on Google Trends

Pada tahun 2018, Zimbabwe paling kerap mencari "perniagaan kecil".

"membina komuniti di sekeliling perniagaan kecil anda"

Semasa membesar, Jasmine sentiasa bercita-cita mahu menjadi seorang artis, tetapi tidak tahu cara untuk menyara hidupnya sebagai seorang artis sehinggalah beliau mengetahui tentang cacah. Walau bagaimanapun, sebagai seorang yang mengalami kecelaruan gender, transgender yang bukan berkulit putih, Jasmine telah dilayan secara berbeza di kedai cacah — jadi beliau memutuskan untuk membuka kedainya sendiri: Spirited Tattooing Coalition, kedai tatu inklusif di Philadelphia. "Ini ialah ruang selamat di blok kami", kata seorang pelanggan. Jenis hubungan antara perniagaan kecil dan komuniti ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan data ini menunjukkan perkara ini. Di Amerika Syarikat, kecenderungan Carian untuk "sumbangan perniagaan kecil" meningkat sebanyak 20% pada tahun 2018.

Imej: Jasmine mencacah seorang pelanggan.

"Saya memerlukan tempat yang selamat untuk diri saya dan pelanggan saya. Itulah sebabnya saya membuka kedai ini", kata Jasmine, pemilik Spirited Tattooing Coalition di Philadelphia.

Perniagaan seperti Spirited Tattooing Coalition bukanlah sekadar sebuah etalase. Perniagaan ini menyediakan sokongan yang mantap kepada komuniti mereka, menjalinkan hubungan sebenar bukan sahaja dengan pelanggan mereka, malah dengan orang yang diambil bekerja di kedai mereka. Data menunjukkan bahawa carian untuk “ucapkan terima kasih kepada pelanggan” memuncak di seluruh dunia pada bulan Disember, sebelum musim cuti bermula, demikian juga carian untuk “ucapkan terima kasih kepada pekerja”.

See the data on Google Trends

Di seluruh dunia, carian untuk "ucapkan terima kasih kepada pekerja" memuncak pada bulan Disember.

"perniagaan kecil berdekatan saya"

Apabila pasaran merudum pada tahun 2008, Jenny Doan dan suaminya bukan sahaja kehilangan wang persaraan mereka — mereka juga mula hilang harapan. Kedua-dua anak mereka mahu membantu. Mereka tahu bahawa Jenny amat suka menjahit gegebar, jadi mereka membelikannya bilik pameran kereta lama di kampung halaman mereka di Hamilton, Missouri. Tidak lama selepas itu, Missouri Star Quilt Company telah ditubuhkan. Perniagaan yang bermula sebagai kedai seorang wanita di sebuah bandar dengan penduduk tidak sampai 2000 orang, kini menggaji lebih 200 pekerja dan merupakan pembekal fabrik gegebar prapotong terbesar di dunia. Tetapi perkara yang lebih penting ialah pekan Hamilton telah kembali bersemangat. Terdapat lebih 14 kedai gegebar, 3 buah restoran dan sebuah hotel di pekan serta lebih 100,000 pelawat datang berkunjung setiap tahun. "Sepanjang hidup saya, saya memang bercita-cita untuk memiliki perniagaan dan cita-cita itu tidak mungkin tercapai tanpa Missouri Star Quilt Company", kata pemilik J's Burger Dive.

Data Aliran Google menunjukkan bahawa komuniti mengakui betapa pentingnya perniagaan kecil seperti Missouri Star Quilt Company. Carian untuk “perniagaan kecil berdekatan saya” semakin meningkat sepanjang lima tahun yang lalu di Amerika Syarikat, manakala carian untuk “restoran dimiliki keluarga berdekatan saya” telah meningkat 1000% sepanjang lima tahun yang lalu. Orang juga mencari komuniti tertentu untuk diberikan sokongan. Contohnya, carian untuk “pemilik perniagaan wanita kulit hitam” meningkat lebih 130% di Amerika Syarikat.

Dengan adanya perniagaan kecil, seorang penggemar chai dapat mencari kedai teh yang selesa. Seorang tukang kebun dapat mencari pokok bunga "hardy perennial" yang cantik. Gigi yang sakit boleh dirawat di klinik gigi berdekatan. Kemeja yang kotor boleh dibersihkan di kedai cucian kering. Bagi membantu perniagaan kecil memenuhi permintaan pelanggan mereka yang semakin meningkat, laman web Google untuk Perniagaan Kecil—inisiatif Grow with Google—yang bertekad untuk membantu pemilik memahami sumber Google yang paling berguna untuk perniagaan mereka. Grow with Google menyediakan latihan, alatan dan kepakaran untuk pemilik perniagaan kecil dan pencari kerja tanpa dikenakan bayaran.

Penghargaan buat semua perniagaan kecil kerana sentiasa berada berdekatan apabila diperlukan. Jumpa anda nanti.

Berita Berkaitan

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Perihal lima orang wanita di DR Congo mencipta peluang menggunakan Carian

Perihal lima orang wanita di DR Congo mencipta peluang menggunakan Carian

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Seorang veteran menemukan misi baharu untuk membina dunia yang lebih inklusif

Seorang veteran menemukan misi baharu untuk membina dunia yang lebih inklusif

Seorang warga Peribumi Amerika yang belajar sendiri cara untuk menulis kod membawa komunitinya bersama

Seorang warga Peribumi Amerika yang belajar sendiri cara untuk menulis kod membawa komunitinya bersama

Perihal seorang lelaki dan basikalnya yang menggunakan Peta Google untuk menyampaikan keseronokan membaca

Kembali ke atas