Langkau ke kandungan
Search On — Bacaan 5 minit

Cara doktor, pemandu penghantaran dan penderma darah berganding bahu untuk menyelamatkan nyawa di seluruh Afrika

Search On — Bacaan 5 minit

Cara doktor, pemandu penghantaran dan penderma darah berganding bahu untuk menyelamatkan nyawa di seluruh Afrika

Waktu tengah hari di Lagos, Nigeria. Jumlah penduduk 24 juta. Kesesakan lalu lintas berada di kemuncaknya. Semua orang terkandas dalam kesesakan.
Kecuali Joseph Kalu. Bukan pemandu motosikal biasa, Joseph bekerja untuk LifeBank, sebuah syarikat teknologi yang diasaskan oleh Temie Giwa-Tubosun. Syarikat ini menghubungkan pembekal darah dengan pesakit hospital. Misinya? Menghantar darah yang menyelamatkan nyawa, di dalam peti pengangkutan rantaian sejuk, dalam masa kurang daripada 45 minit.
Joseph menarik keluar telefonnya dan memeriksa apl LifeBank, yang menggunakan Platform Peta Google untuk menunjukkan laluan di antara bank darah, doktor dan pemandu di seluruh bandar yang terbentang luas itu. Lokasi bank darah dan hospital yang sedang menunggu penghantaran terpapar dengan serta-merta.
Keperluan untuk bertindak segera itu bukan sandiwara: Jika pesakit kehilangan 40 peratus daripada darahnya, pesakit boleh mati akibat kegagalan organ. Setiap hari di seluruh Lagos, LifeBank berlumba melawan masa.

Versi terdahulu cerita ini telah diterbitkan pada tahun 2019. Kini cerita ini telah dikemas kini untuk menyertakan filem dokumentari yang baru dikeluarkan dan usaha LifeBank untuk memerangi wabak COVID-19 di Nigeria.

Bagi Temie Giwa-Tubosun, akses kepada maklumat pemetaan merupakan bahagian penting dalam menyelesaikan masalah krisis darah di tanah airnya, Nigeria. Menyusun maklumat dan menjadikan maklumat tersebut mudah diakses merupakan nadi misi Google. Dengan mereka bentuk sistem yang menghubungkan bank darah dengan hospital melalui Platform Peta Google, LifeBank telah berjaya mengurangkan masa penghantaran daripada 24 jam kepada kurang daripada 45 minit.

Temie Giwa-Tubosun di pejabat LifeBank.
Kerap kali apabila seseorang mengalami pendarahan, mereka ada masa antara 20 minit hingga 2 jam, jadi anda tidak punya banyak masa.

Temie Giwa-Tubosun

Pada bulan Januari 2016, Temie yang telah pun menjadi peneraju dalam hal ehwal kesihatan anak dan ibu di Nigeria, melancarkan LifeBank secara rasmi. Matlamatnya adalah untuk mencari cara yang paling cepat bagi pesakit menerima darah yang diperlukan. Idea ini mula-mula tercetus pada tahun 2014, ketika Temie mengandungkan anak lelakinya. Pada masa itu, dia tinggal di Lagos, tetapi ibu bapanya telah berpindah ke Amerika Syarikat. Oleh sebab dia mahu ibunya ada di sisinya semasa dia bersalin, Temie terbang ke Amerika.

Pada usia kehamilan yang memasuki minggu ke-30, Temie dikejarkan ke hospital untuk dibedah atas sebab kecemasan. Anaknya Enafie lahir dengan selamat pada Hari Valentine. “Kalaulah saya melahirkan anak saya di Lagos, saya mungkin sudah mati akibat pendarahan selepas bersalin,” ujar Temie.

Enam minggu: hayat simpan darah yang didermakan.

6 minggu

Hayat simpan darah yang didermakan.

Pasukan Palang Merah, 2019

Nigeria mempunyai kadar kematian maternal yang keempat tertinggi di dunia, iaitu 19 peratus daripada semua kematian maternal di seluruh dunia. Hemoraj postpartum (kehilangan terlalu banyak darah selepas bersalin) merupakan punca utama kematian. Kekurangan infrastruktur untuk mendapatkan bekalan darah yang penting di Nigeria memburukkan lagi masalah ini. “Apabila saya menyedari hal ini, saya tahu saya perlu melakukan kerja ini dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh,” kata Temie. Dia kembali ke Lagos dengan azam untuk mencari penyelesaian.

Darah yang didermakan mempunyai hayat simpan enam minggu sahaja. Sering kali, darah itu tamat tempoh sebelum digunakan kerana doktor tidak dapat mencari jenis darah yang diperlukan oleh mereka. Temie sedar bahawa hal ini ialah masalah logistik semata-mata: “Doktor yang memerlukan darah dan bank darah yang membuang darah perlu mencari jalan untuk berkomunikasi antara satu sama lain.” Beliau menggunakan Platform Peta Google untuk membuat antara muka untuk entiti-entiti yang dahulunya tidak berhubung ini. Dengan memetakan setiap lokasi yang terlibat dalam pengedaran darah di Lagos - daripada hospital kepada bank darah hinggalah kepada pemandu penghantaran - Temie menemukan penyelesaiannya.

Sebelum ini, hospital - atau kadangkala ahli keluarga pesakit itu sendiri - akan menghubungi bank darah berasingan untuk mengetahui sama ada bank tersebut mempunyai jenis darah yang diperlukan oleh mereka. Masa tindak balas menjadi penentu hidup atau mati. Doktor yang memikul terlalu banyak beban kerja dan ahli keluarga yang tertekan sering kekurangan sumber yang diperlukan untuk mencari darah dengan segera.

Kami menggunakan Peta Google untuk membina platform komunikasi antara bank darah, hospital dan pesakit yang tidak wujud sebelum ini.

Temie Giwa-Tubosun

Untuk menangani masalah ini, Temie membuat dan memetakan repositori darah dalam talian dengan kerjasama 52 buah bank darah di seluruh Lagos. Kini doktor boleh meminta jenis darah dan mengakses peta yang menjejaki perjalanan penghantaran dengan serta-merta. Dengan model LifeBank, darah biasanya digunakan dalam tempoh satu minggu selepas disimpan di bank dan semua pembaziran dilenyapkan - dan bekalan akhirnya memenuhi permintaan.

Setiap 2 saat seseorang di Amerika Syarikat memerlukan darah.

Setiap 2 saat

Seseorang di Amerika Syarikat memerlukan darah.

Pasukan Palang Merah, 2019

Sebelum LifeBank wujud, mencari dan menghantar darah kepada pesakit di Lagos boleh mengambil masa beberapa jam dan dalam sesetengah kes, beberapa hari. LifeBank mengubah situasi ini dengan kepantasan yang memecahkan rekod. LifeBank menghantar darah dalam masa purata 45 minit dari masa permintaan dibuat hingga penghantaran ke destinasi. Seperti yang dikatakan Temie, “tanpa teknologi seperti Peta Google, kami pasti masih berada di takuk lama."

Joseph Kalu, pemandu LifeBank, membawa bekalan darah di dalam kotak pengangkutan rangkaian sejuknya.
Saya tahu penderma merupakan bahagian penting pengedaran. Jika anda tiada bekalan, apakah yang akan anda edarkan?

Temie Giwa-Tubosun

Sama seperti di banyak negara di seluruh dunia, menggerakkan usaha menderma darah di Nigeria merupakan tugas yang sukar - tetapi inilah bahagian penting dalam rantaian bekalan darah. Untuk memastikan LifeBank berjaya, Temie tahu dia perlu meningkatkan pendermaan darah secara sukarela. Pada aplikasi penderma LifeBank, warga Nigeria boleh menempah janji temu melalui peta bank darah setempat dan mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang perlu dijangkakan.

Satu derma mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

1 derma

Satu pain darah mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

Pasukan Palang Merah, 2019

Saya juga pernah sakit. Di ambang kematian. Saya faham perasaan orang yang membantu dan [menderma darah] untuk orang yang memerlukannya. Anda menyelamatkan nyawa orang yang hampir mati.

Oluwaseun Adeolu Penderma darah LifeBank

Dengan menghubungkan penderma dengan sumber yang kritikal, LifeBank telah mendaftarkan lebih daripada 5,000 penderma darah. Apabila ditanya bagaimana beliau dapat menggerakkan sebegitu ramai sukarelawan, Temie menjawab dengan ringkas: "Anda mungkin terkejut dengan jawapan yang anda dapat. Besar kemungkinan jawapannya tidak akan negatif, terutamanya jika anda memberitahu mereka mengapa usaha ini begitu penting.”

Setakat ini, LifeBank telah menghantar lebih daripada 22,000 unit darah ke 400 lebih hospital dan menyelamatkan lebih daripada 8,000 nyawa.

Kemaskinian: Bagi meneruskan misi mereka untuk menghubungkan bekalan perubatan dengan golongan yang memerlukan, kini Temie dan pasukannya menerajui usaha memerangi penularan wabak COVID-19 di Nigeria. Pada masa ini LifeBank menyediakan bekalan oksigen secara percuma kepada hospital untuk merawat pesakit COVID-19. Melalui kerjasama dengan organisasi tempatan, pasukan ini juga telah melancarkan pusat ujian COVID-19 pandu lalu/jumpa terus di Lagos dan Ibadan yang bertujuan untuk menyediakan model penyaringan berpusat di seluruh Afrika. LifeBank juga sedang berusaha untuk menghasilkan daftar peralatan perubatan kritikal seluruh negara, mencari dan membaiki alat pernafasan, ventilator dan katil ICU untuk hospital tempatan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati LifeBank.ng.

Di manakah boleh saya derma darah?

Di manakah boleh saya derma darah?

Satu derma mampu menyelamatkan sehingga tiga nyawa. Ketahui tempat anda boleh menderma darah dengan selamat di kawasan anda.

Cari pusat derma darah berdekatan anda

Berita Berkaitan

Cara AI membantu doktor mencegah buta pada pesakit diabetes

Cara AI membantu doktor mencegah buta pada pesakit diabetes

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Cara telefon pintar anda dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa anda dalam kes kecemasan

Cara telefon pintar anda dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa anda dalam kes kecemasan

Apabila demensia melenyapkan ingatan, basikal membantu untuk mengembalikannya semula

Apabila demensia melenyapkan ingatan, basikal membantu untuk mengembalikannya semula

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Perihal seorang lelaki dan basikalnya yang menggunakan Peta Google untuk menyampaikan keseronokan membaca

Kembali ke atas