Langkau ke kandungan

TERUSKAN MENCARI – Bacaan 13 minit

Hidup untuk Berbakti

Semangat membara untuk berkhidmat dan keghairahan terhadap teknologi sumber terbuka membantu seorang veteran membina dunia yang lebih inklusif.

Matt berkhidmat dalam dua tugas menerbangkan Apache di Iraq. Semasa bekerjasama dengan erat bersama pasukan kejuruteraan yang menyelenggara dan menyesuaikan pesawat yang rumit ini, Matt telah melihat sendiri perkara hebat yang dapat dilakukan oleh jurutera, yang memberikan inspirasi kepadanya untuk menjadi jurutera apabila pulang ke tanah air nanti.

Bagi Matt Landis, takrif seorang veteran adalah lebih daripada “seseorang yang pernah menjadi askar.” Matt yang sekarang ini bekerja untuk memberi anak autistiknya dan orang lain peluang untuk hidup lebih bebas, membuktikan bahawa seorang veteran ialah seseorang yang tidak pernah berhenti berkhidmat kepada orang lain.

Seperti ramai veteran lain, bekas juruterbang Apache ini tidak merasakan dirinya seorang wira. Sejurus kembali daripada dua lawatan di Iraq, Matt bergelut dengan kecelaruan stres pascatrauma (PTSD), kecederaan otak traumatik dan kegelisahan kerana beliau bukan lagi anggota misi yang lebih besar. Dia kehilangan tujuan hidupnya.

Apabila beliau mendapat tahu tentang acara perkhidmatan hari Sabtu yang diadakan bersama The Mission Continues, iaitu sekumpulan sukarelawan veteran tentera, beliau terus merebut peluang untuk turut serta. “Saya benar-benar rindukan rakan tentera. Saya langsung tidak mengenali sesiapa yang pernah berkhidmat dalam tentera atau veteran tentera sejak saya berhenti berkhidmat dan saya rasa agak terpinggir.”

Berharap peristiwa itu akan menyembuhkan keterasingan yang dirasainya, Matt mendapati ia sebenarnya memenuhi rasa terlalu ingin berkhidmat yang ada dalam dirinya. Hampir sekelip mata, takrifan veterannya menjadi jelas dan terang: seorang veteran perlu berkhidmat. Dan kesedaran ini memberi Matt satu misi baharu dalam hidupnya - misi yang bermula di rumah.

Apabila anda keluar daripada tentera, gelaran ahli tentera anda ditarik dan di dahi anda tertulis perkataan veteran, dan mereka tidak memberitahu anda makna sebenar veteran itu.
Matt Landis

Bekerja bersama dengan sukarelawan veteran memperbaharui komitmen Matt untuk berkhidmat. Akan tetapi, keluarga, rakan dan mentor yang hebat diperlukan untuk mencungkil potensi sebenarnya.

Matt dan Tiff jatuh cinta pada 4 Julai hampir 20 tahun yang lalu. Selepas dikurniakan tiga orang anak dan berkhidmat dalam dua tugas, mereka bukan sekadar pasangan suami isteri – mereka bekerja bersama-sama bukan sahaja untuk menyara keluarga mereka tetapi untuk menyumbang kepada komuniti mereka yang lebih besar di Pittsburgh juga.

“Ketiga-tiga anak saya insan kurang upaya,” kata Matt, “dan saya melihat bahawa ketakupayaan tersebut hanyalah sebahagian kecil diri mereka, namun memainkan peranan yang tidak seimbang dalam kehidupan anak saya.” Dengan tiga orang anak yang menghidap autisme, keluarga Landis telah berhadapan dengan cabaran ketakupayaan dalam dunia yang berorientasikan keupayaan. Akan tetapi, oleh sebab Tristan Landis yang berumur 15 tahun tidak dapat bercakap dan sukar melakukan tugas tanpa bantuan, mereka terpaksa menyesuaikan diri.

“Sudah tentu kami mengalami banyak masalah dan pasang surut dalam kehidupan,” kata isteri Matt, Tiff. Akan tetapi, beliau percaya bahawa setiap cabaran menjadikan mereka lebih rapat dan ketabahan keluarga itu sendiri merupakan sesuatu yang mengagumkan buat teladan kepada anak mereka. “Keutamaan kami ialah kami,” katanya. Penyesuaian diri merupakan nilai keluarga Landis, membantu satu sama lain dan bergerak ke hadapan bersama-sama.

Apabila mereka keluar, Matt dan Tristan akan berpegangan tangan dan mengelakkan bunyi bising dan orang ramai. Matt dapat mengesan tahap emosi dalam tingkah laku anaknya, tangannya yang mengepak-ngepak, malah dalam rentak dan kedalaman pernafasannya. Dia membantu Tristan menjalani kehidupannya. Dia membantu anaknya memberus gigi dan memakai pakaian dan makan.

Tetapi perkara yang tidak boleh dilakukannya dengan Tristan adalah berbual.

Matt tidak mahu menunggu orang lain membangunkan teknologi untuk membantu orang kurang upaya menjalani kehidupan yang lebih bebas – dia mahu membangunkan teknologi itu sendiri.

Melalui persahabatan keluarga Landis dengan Jess Burkman, mereka telah melihatnya mengatasi cabaran ketidakupayaannya – yang menyemarakkan lagi semangat Matt untuk mencari lebih banyak cara supaya orang kelainan upaya dapat menyumbang sepenuh tenaga mereka.

Makmal Penyelidikan Kejuruteraan Manusia (HERL) Pittsburgh merupakan makmal teknologi bantuan utama di negara ini. Naluri Matt membuatkannya tertarik kepada komuniti jurutera, pelajar yang mengikuti latihan industri, pelajar dan penyelidik yang diketuai oleh Dr Cooper - kebanyakannya mempunyai ketakupayaan atau latar belakang ketenteraan. HERL menjadi ibu pejabat baharu bagi Matt, yang ditakrifkan oleh jenis perkhidmatan yang sangat istimewa: membina teknologi bantuan yang inovatif untuk seberapa ramai orang yang mungkin.

Menyaksikan Matt dan pasukannya mengusahakan perkakasan sama seperti menyaksikan usaha berterusan untuk membayangkan segala jenis halangan yang mungkin dihadapi oleh seseorang yang hidup dengan ketakupayaan - dan menyingkirkan halangan tersebut. Kerusi roda yang boleh naik ke atas bahu jalan tidak boleh menghumbankan penggunanya. Tangan robot yang boleh membuka pintu atau memetik suis lampu mesti dikawal dengan hujung jari. Lengan yang kuat yang boleh memindahkan orang keluar dari kerusi roda dalam pelbagai keadaan dan mengurangkan kerja penjaga serta memberikan lebih banyak kebebasan kepada pengguna.

Bagi Matt Landis, takrif seorang veteran adalah lebih daripada “seseorang yang pernah menjadi askar.” Matt yang sekarang ini bekerja untuk memberi anak autistiknya dan orang lain peluang untuk hidup lebih bebas, membuktikan bahawa seorang veteran ialah seseorang yang tidak pernah berhenti berkhidmat kepada orang lain.

"Saya sering mengalami kesukaran dan juga mengambil masa agak lama untuk memikirkan cara membalas ucapan 'Terima kasih atas perkhidmatan anda' atau apa-apa ucapan seperti itu," katanya. Tetapi sejak berpindah ke Pittsburgh, Matt telah belajar cara untuk menjawab apabila orang mengucapkan terima kasih atas perkhidmatannya: dengan satu jemputan.

"Sertai saya," katanya kepada mereka. "Ayuh ikut berkhidmat bersama-sama saya. Anda ingin bercakap tentang perkhidmatan atau menghargai kami, maka ikut kami dan lakukan bersama-sama kami kerana kami amat memerlukan anda. Kami memerlukan orang untuk ikut serta dan bersedia berjuang bersama kami dalam membuat perubahan yang mahu kami lihat dalam komuniti kami dan terlibat mengubahnya, "katanya.

“Dan kemudian, tentu sekali, ramai orang menyertai mereka.”

Berita Berkaitan

Cara telefon pintar anda dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa anda dalam kes kecemasan

Cara telefon pintar anda dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa anda dalam kes kecemasan

Perihal enam orang gadis yang menggunakan teknologi untuk mengatasi masalah air minum yang tidak selamat

Perihal enam orang gadis yang menggunakan teknologi untuk mengatasi masalah air minum yang tidak selamat

Perihal Jason Barnes dan yang lain sebagai peneraju dalam dunia yang lebih mesra OKU

Perihal Jason Barnes dan yang lain sebagai peneraju dalam dunia yang lebih mesra OKU

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Perihal lima orang wanita di DR Congo mencipta peluang menggunakan Carian

Kembali ke atas