Mantap Malaysia Bersama AI
Sejak lebih 15 tahun lalu, Google berbangga menjadi sebahagian daripada Malaysia. Hari ini, Malaysia pantas melonjak sebagai ekonomi digital paling pesat berkembang di Asia Tenggara, dengan Nilai Barangan Kasar (GMV) mencecah AS$39 bilion. Seiring dengan potensi besar ini, kami komited untuk terus melabur di sini. Kami mahu terus bekerjasama membina sebuah negara pacuan AI yang teguh, inklusif, dan bersedia untuk masa depan.
Tonton video
Melindungi keselamatan rakyat Malaysia
-
Memerangi penipuan melalui teknologi
Ciri perlindungan penipuan yang dipertingkatkan di dalam Google Play Protect akan menyekat pemasangan aplikasi 'sideloaded' yang berisiko secara automatik untuk melindungi pengguna Android di Malaysia. Sistem pengesahan perkhidmatan kewangan (FSV) kami pula memastikan hanya pengiklan kewangan yang sah dan berlesen sahaja dibenarkan mencapai pengguna di Malaysia melalui Google Ads.
-
Melindungi kanak-kanak dan remaja
Kami mewujudkan persekitaran digital yang selamat dari mula dengan mengaktifkan penapis SafeSearch secara automatik untuk pengguna di bawah umur 18 tahun. Pada masa sama, YouTube Kids dan 'supervised experiences' di YouTube menawarkan kandungan tontonan yang bersesuaian dengan tahap kematangan kanak-kanak. Melalui aplikasi Family Link, kami memudahkan ibu bapa memantau aktiviti digital anak-anak. Ibu bapa boleh menetapkan had masa penggunaan aplikasi, mahupun mengehadkan tontonan YouTube Shorts kepada sifar minit, bagi memastikan anak-anak melayari internet dengan selamat dan menikmati kandungan yang sesuai dengan umur mereka.
-
Memperjuangkan literasi digital
Berbekalkan sokongan dana AS$5 juta daripada Google.org, ASEAN Foundation kini sedang memperluas program Scam Ready ASEAN di Malaysia. Menerusi kolaborasi bersama agensi impak perubahan sosial, Ratio:Cause, program ini akan melengkapkan seramai 200,000 rakyat Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang dengan pelbagai sumber pencegahan penipuan dalam talian agar mereka dapat melayari dunia digital dengan selamat.
Tonton video
Link to Youtube Video (visible only when JS is disabled)
Memacu inovasi AI untuk sains dan masyarakat
Kajian berbulan kini siap dalam beberapa minit
Membantu warga emas dengan rehabilitasi AI
Memacu pertumbuhan ekonomi dengan AI
-
445,000 penjawat awam bakal menerima manfaat Gemini di Google Workspace memlalui inisiatif "AI at Work 2.0" dengan kerjasama Kementerian Digital
-
Jalinan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi membina dan melaksanakan penyelesaian AI tahap tinggi demi kesejahteraan awam
-
Akses Gemini for Education diperluaskan ke semua universiti awam di Malaysia, yang bakal memanfaatkan hampir 600,000 orang pelajar dan 75,000 orang ahli fakulti
Tonton video
Link to Youtube Video (visible only when JS is disabled)
Impak Google di Malaysia
-
RM15 bilion
dijana dalam aktiviti ekonomi untuk perniagaan daripada alatan seperti Google Search, Ads, Play, Cloud dan YouTube.
-
52,000 pekerjaan
disokong oleh produk dan perkhidmatan Google pada tahun 2023, dengan tambahan 59,900 pekerjaan yang dijana melalui ekosistem apl Android.
-
>355,000
rakyat Malaysia dilatih dalam kemahiran digital melalui inisiatif Grow with Google.