kebolehaksesan

MENERAJUI PERUBAHAN

MENERAJUI PERUBAHAN

Ketahui cara Jason Barnes dan mereka seumpamanya menerajui pembentukan sebuah dunia lebih mudah diakses, bersama – dan bukan hanya untuk – komuniti orang kurang upaya.

Bacaan 6 minit

Jason Barnes gemar bermain dram sejak dia masih kecil. Hakikat ini tidak berubah apabila dia kehilangan lengannya dalam kemalangan elektrik pada usia 22 tahun. Hampir 10 tahun kemudian, minat Jason terhadap muzik telah membawa kepada penciptaan salah satu anggota badan prostetik yang paling canggih di dunia. Hari ini, dia salah seorang daripada berjuta-juta orang kurang upaya yang dapat melakukan perkara yang mereka sukai.

Teknologi yang direka bentuk dengan perkongsian komuniti kurang upaya adalah lebih berguna untuk semua. Semakin ramai orang dalam komuniti kurang upaya menjadi pencipta bersama alat yang membantu mereka dan orang lain mencapai matlamat dan menjalani kehidupan yang mereka impikan.

Membuka peluang untuk penciptaan

Jason Barnes mula bermain dram sebelum dia boleh bercakap. “Saya masih ingat ketika dia berusia 2 tahun”, kata ibunya, Maggie. “Setiap kali kami memainkan muzik, dia akan mula mengetuk kerusi tinggi atau meja makan atau apa-apa sahaja yang dapat dicapainya”. Pada tahun 2012, ketika berusia 22 tahun, tangan kanan Jason dipotong selepas mengalami kemalangan elektrik. Peristiwa ini memulakan bab baharu dalam hidupnya.

Sejak tahun 2013, Jason telah bekerjasama dengan Gil Weinberg, seorang pengarah robotik dan pengasas Georgia Tech Center for Music Technology yang terkenal, untuk membangunkan lengan robot paling canggih di dunia yang boleh bermain dram. Reka bentuk terkini mereka menggunakan platform pembelajaran mesin sumber terbuka Google, TensorFlow.

Lengan Jason dikendalikan menggunakan EMG atau elektromiografi, yang bermaksud bahawa penderia dalam lengan prostetik tersebut menangkap isyarat elektrik daripada anggota badan yang tinggal. Apabila Jason mengaktifkan otot untuk membengkokluruskan atau menghulurkan lengannya, anggota badan prostetik bertindak balas dengan sewajarnya.

Jason Barnes di dalam bilik darjah sedang melihat komputer riba. Para jurutera Georgia Tech berdiri di sebelah kanan dan kirinya.

Jason dan pasukan di Georgia Tech sedang melakukan pengecaman dan latihan gerak isyarat.

Jason Barnes bermain dram dengan tirai latar berwarna hitam.

Jason dapat bermain secara intuitif menggunakan lengan prostetik kerana lengan prostetiknya itu membolehkan dia merasai tindak balas daripada pemukul dram, sama seperti tangannya sendiri.

Imej dekat bagi lengan prostetik Jason semasa dia bermain dram.

Jason menguji prototaip lengan prostetik.

Foto studio Jason dan pasangannya dengan tirai latar berwarna merah. Lengan Jason melingkari bahu pasangannya. Mereka berdua memakai pakaian berwarna hitam.

Jason dan pasangan setianya, Amanda Dearborn.

Potret Sarah Sirajuddin. Dia memiliki rambut hitam yang panjang dan tersenyum sambil memandang ke arah kamera.

“Menjadikan teknologi boleh didapati dan mudah diakses oleh semua membolehkan inovasi yang lebih besar dan pantas”.

Sarah Sirajuddin, ketua kejuruteraan untuk pasukan TensorFlow Google

Pembelajaran mesin dapat melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia seperti persepsi visual, pengecaman pertuturan, membuat keputusan dan penterjemahan. “Matlamat utama kami adalah untuk mereka bentuk pembelajaran mesin agar sesiapa sahaja boleh menggunakan pembelajaran mesin semudah mereka menggunakan Gmail,” kata Sarah Sirajuddin, ketua kejuruteraan untuk pasukan TensorFlow Google. “Semakin teknologi lebih mesra OKU, semakin kita memperkasakan orang ramai untuk membina penyelesaian mereka sendiri”.

Daripada mereka bentuk dan menghantar prototaip kepada Jason untuk diuji, Gil berkerja bersamanya di dalam makmal untuk menambah baik lengan prostetik itu, versi demi versi sambil lengan prostetik tersebut dibina. Ini merupakan pengalaman baharu bagi Jason.

5:21

Lihat cara TensorFlow membantu atlet buta berlari dengan bebas.

“Saya rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada proses ini. Pada masa lalu, sentiasa ada keluk pembelajaran yang memerlukan saya menyesuaikan diri dengan peranti baharu. Akan tetapi dengan cara ini, alat ini yang telah disesuaikan dengan saya”.

Jason Barnes

Tonton cerita Jason

6:31

Bekerja bersama-sama untuk membina ciri yang lebih baik

“Jika anda tidak pernah menggunakan teknologi bantuan untuk membantu, bagaimanakah anda akan tahu cara untuk mereka bentuk produk yang dapat memanfaatkan teknologi bantuan tersebut? Jawapannya ialah anda tidak akan tahu”.

Vint Cerf, Naib Presiden dan Ketua Mubaligh Kristian Internet di Google

Kerjasama bersama komuniti kurang upaya merupakan bahagian asas dalam proses reka bentuk di Google – sama ada dari segi pembangunan teknologi baharu untuk memenuhi keperluan tertentu atau penambahbaikan peralatan teras.

Sejak tahun 2018, hampir 1,000 peserta telah merakam lebih 1,000 jam sampel pertuturan sebagai sebahagian daripada Project Euphonia. Projek ini diwujudkan untuk membantu orang yang mengalami gangguan pertuturan dapat difahami dengan lebih baik oleh alat yang diaktifkan suara seperti Google Assistant. Pada masa ini, banyak model pengecaman pertuturan tidak dilatih berkenaan suara orang yang mengalami gangguan pertuturan, kerana data yang mencukupi tidak tersedia. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pasukan ini telah bekerjasama dengan rakan kongsi seperti ALS TDI (ALS Therapy Development Institute) untuk mengumpulkan data yang diperlukan agar pengecaman pertuturan lebih mesra OKU. Bagi peserta, projek ini menawarkan peluang untuk membantu pembentukan masa depan pengecaman pertuturan, bukan hanya untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk berjuta-juta orang yang mengalami gangguan pertuturan di seluruh dunia.

Ahli teknologi ALS, Steve Saling bekerjasama dengan pasukan Project Euphonia. Ketahui cara anda boleh merakam suara anda untuk membantu.

Pada tahun 2017, Google menyenaraikan sokongan berjuta-juta penyumbang di seluruh dunia yang dikenali sebagai Jurupandu Tempatan, untuk mengumpulkan maklumat kebolehaksesan sumber khalayak untuk Peta Google. Hari ini, maklumat tentang kebolehaksesan kerusi roda boleh didapati di lebih 15 juta tempat dalam Peta. Anda boleh melihat maklumat tersebut dengan mengklik perihalan dua baris lokasi pada Peta dan menatal ke “Maklumat Kebolehaksesan”. Oleh sebab rangkaian Jurupandu Tempatan, pemilik perniagaan dan penyumbang lain yang semakin berkembang di seluruh dunia, lebih banyak maklumat ditambah setiap hari untuk membantu orang pergi ke tempat yang hendak dituju dengan yakin.

“Akses kepada maklumat memungkinan seseorang untuk berdikari dan bebas. Mengapa tidak berikan peluang yang sama kepada orang kurang upaya?”

Luis Durán, Jurupandu Tempatan, Santo Domingo, Republik Dominika
3:44

Ketahui cara anda boleh menyumbang untuk menjadikan Peta Google lebih berguna untuk semua.

“Akses kepada maklumat memungkinan seseorang untuk berdikari dan bebas. Mengapa tidak berikan peluang yang sama kepada orang kurang upaya?”

Luis Durán, Jurupandu Tempatan, Santo Domingo, Republik Dominika

Sebarkan kebaikan – kesan rama-rama

“Setiap orang akan mengalami kekurangan upaya pada suatu ketika dalam hidup mereka. Kita bukan sahaja perlu belajar daripada pengalaman hidup sendiri, tetapi kita juga perlu menunjukkan cara kita dapat berganding bahu dan menyokong satu sama lain”.

KR Liu, Ketua Kebolehaksesan Jenama di Google

Hari ini, kira-kira 1 bilion orang, atau 15% penduduk dunia, mengalami beberapa bentuk kekurangan upaya, ada yang dapat dilihat dan ada yang tidak.1 Semakin ramai orang berganding bahu untuk menyokong kebolehaksesan dalam teknologi dan di dunia fizikal, semakin hampir kita semua menuju ke masa depan yang saksama.

Jillian Mercado dan Brent Lewis masing-masing merupakan pengasas dan pengasas bersama Diversify Photo dan Black Disabled Creatives. Dengan menggunakan Helaian dan Dokumen Google, mereka telah membuat pangkalan data umum tentang artis dan pereka baharu yang sering ketinggalan dalam dunia kreatif disebabkan bangsa dan/atau keupayaan mereka. Pada musim panas tahun 2020, sumber-sumber ini membantu dalam menghubungkan artis dengan klien yang ingin mengambil pekerja. Kata Lewis, “Kami melakukan perkara ini untuk membolehkan orang bertemu dengan jurugambar yang belum pernah mereka temui dan mendapatkan cerita yang belum pernah diceritakan sebelum ini dan sejujurnya, ini meruntuhkan tembok dan halangan yang menyebabkan ramai jurugambar bukan kulit putih, terutamanya jurugambar kulit hitam yang tersisih daripada perbualan”.

Pembuat perubahan lain boleh mendapatkan inspirasi daripada hubungan dengan rakan atau orang yang tersayang. Tony Lee telah bekerja di Google selama empat tahun sebagai pereka bentuk visual. Dia juga dibesarkan oleh ibu bapa kurang upaya pendengaran yang menonton TV dan filem menggunakan sari kata. “Sangat mudah untuk terlepas pandang betapa banyak maklumat yang disampaikan melalui audio”, katanya. “Jika anda hanya bergantung pada kehadiran sari kata mahupun sari kata yang tidak ditulis dengan baik, anda boleh terlepas maklumat yang sangat banyak”. Sebagai projek sampingan, Tony membuat satu set garis panduan bagi menghasilkan sari kata yang tepat dan penuh perasaan untuk sebarang filem atau video di Google. Hari ini, Tony menyokong usaha menghasilkan sari kata yang lebih baik pada semua filem Google dan berusaha untuk turut menjadikan garis panduannya mudah diakses oleh pihak lain.

Kebolehaksesan merupakan satu dimensi yang perlu dipertimbangkan apabila membina alat yang berguna untuk semua orang. Annie Jean-Baptiste, Ketua Rangkuman Produk di Google, berusaha untuk memastikan agar pasukan produk mengetengahkan suara-suara yang sebelum ini sering diendahkan dalam reka bentuk produk, pada setiap langkah proses pembinaan. “Pada dasarnya, oranglah yang mengubah dunia”, kata Annie, “tanpa mengira asal mereka, rupa mereka atau dimensi yang membentuk diri mereka. Sama ada mereka seorang atlet, ibu, guru atau pemuzik, teknologi merupakan alat yang dapat membantu kita melakukan perkara yang kita gemari.

Potret Jillian Mercado dan Brent Lewis sebelah menyebelah. Jillian duduk di atas kerusi rodanya dengan berlatar belakangkan dinding yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan hijau dan Brent memakai kemeja peluh merah berhud.

Baca perbualan antara Jillian Mercado, Brent Lewis dengan pembuat filem, Crystal Emery tentang cara industri kreatif berusaha untuk menyertakan bakat yang sering diabaikan.

1:31

Tonton filem tentang cara Tony Lee dan ibu bapanya berkomunikasi seharian.

Potret Annie Jean-Baptiste yang tersenyum dalam gaun berwarna merah.

“Pada dasarnya, oranglah yang mengubah dunia. Teknologi merupakan alat yang dapat membantu orang melakukan perkara yang mereka sukai”.

Annie Jean-Baptiste, Ketua Rangkuman Produk di Google

Jason memainkan lagu ciptaan sendiri bersama barisan pemain dram Marching to Harmony Atlanta.

Bagi Jason Barnes, teknologi telah membantunya mencapai impian zaman kanak-kanaknya iaitu untuk mempunyai kerjaya sebagai ahli muzik. Dia berharap agar lengan prostetik yang telah dicipta dengan bantuannya akan dapat membantu orang lain untuk mencapai impian mereka suatu hari nanti.

“Jason telah menggunakan rintangan besar dalam hidupnya untuk memajukan seluruh bidang penyelidikan”.

Sarah Sirajuddin, ketua kejuruteraan di Google
Foto di balik tabir Justin Kaneps mengambil potret Jason Barnes. Jason bergambar dengan tirai latar berwarna hitam.

Justin Kaneps merupakan seorang jurugambar yang berpusat di Kota New York. “Menjalani kehidupan sebagai seseorang yang kurang upaya, saya berempati dengan kisah Jason dan memahami cara seseorang terpaksa menyesuaikan diri dengan dunia yang dibina untuk mereka yang tiada kekurangan sebegini. Saya mengagumi ketabahan Jason dan saya berbesar hati untuk membantu dia menceritakan kisahnya”.

Perkara yang dapat anda lakukan untuk membantu orang

Tindakan anda sangat penting. Berikut ialah beberapa perkara yang dapat anda lakukan untuk membantu dalam membina dunia yang lebih mesra OKU.

Perkara yang sedang dilakukan oleh Google

Ketahui tentang komitmen Google mengambil dan menyokong pekerja kurang upaya.

1Pertubuhan Kesihatan Dunia, Laporan Dunia tentang Ketakupayaan, tahun 2011

Berita Berkaitan