Langkau ke kandungan

Tonton cara seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya.

tonton filem

Apabila Liberty, anak perempuan Dwayne Collins dilahirkan dengan keadaan mata yang jarang berlaku, mereka mendapati sukar untuk mencari mata palsu yang tidak akan menyebabkan kesakitan padanya. Jadi Dwayne membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri.

Liberty Collins dilahirkan dengan mikroftalmia, yang menyebabkan rabun separa dan menjadikan satu mata jauh lebih kecil daripada yang satu lagi. Dia memerlukan bantuan mata palsu dengan segera, kerana tekanan daripada mata membantu pertumbuhan muka pada masa awal kanak-kanak. Mata palsu bukan hanya untuk tujuan kosmetik - tanpanya, muka tidak dapat tumbuh dengan sekata. Selepas dua tahun mengunjungi klinik di Australia dan New Zealand, keluarga itu sukar mendapatkan mata palsu yang sepadan dengan Liberty. Liberty pernah hampir pengsan akibat rasa trauma semasa pemasangan mata palsu sebelum ini.

"Bagaimana jika saya sendiri yang membuat mata untuk Liberty, malah lebih baik lagi?" Dwayne Collins</span.

Pada waktu itulah Dwayne, bekas pekerja pelantar minyak yang tiada sebarang pengalaman perubatan sebelum itu, menemui video YouTube daripada John Pacey-Lowrie, pembuat mata palsu British yang terkenal, yang memperincikan proses pembuatan mata palsu. Dwayne menonton video tersebut berulang kali dan selepas menyiapkan klinik sementara di dalam bangsal di belakang rumahnya, beliau mula berlatih.

Gerakkan imej untuk melihat iris mata palsu dari sudut yang berbeza.

Iris mata palsu dilukis dengan tangan agar kelihatan seperti mata asli. Mata palsu dimasukkan ke dalam setiap soket mata pesakit untuk membantu mengekalkan pertumbuhan muka yang sesuai.

Kerja seorang pembuat mata palsu boleh digolongkan dalam bidang seni halus. Hal ini demikian kerana kerja ini memerlukan keajaiban kemahiran mekanikal, tahap ketelitian yang amat tinggi dan kesenian. Sekadar membuat mata palsu yang dapat dipasang dengan baik adalah tidak mencukupi - matlamatnya adalah untuk menjadikan mata itu kelihatan seasli yang mungkin.

"Sekiranya saya tidak berkongsi pengetahuan, apakah gunanya saya memperoleh pengetahuan tersebut?" John Pacey-Lowrie

Kaedah yang diajar oleh John dalam videonya adalah unik. Dia bermula dengan mengambil teraan soket mata, kemudian membentuk implan daripada lilin menggunakan kaedah yang sama yang digunakan doktor gigi untuk membuat gigi palsu.

Umur: 10 Minggu

Umur: 12 Minggu

Umur: 4 bulan

Umur: 5 bulan

Umur: 6 bulan

Umur: 7 bulan

Umur: 8 bulan

Umur: 9 bulan

Umur: 10 bulan

Umur: 1 tahun

Umur: 14 bulan

Umur: 18 bulan

Umur: 2 tahun

Umur: 3.5 tahun

Umur: 4 tahun

Umur: 4.5 tahun

Bahagian iris dicat dengan tangan, satu calitan demi satu calitan dan uratnya pula dibuat menggunakan benang kapas sutera. Seluruh proses dari awal hingga akhir mengambil masa selama 3 hari. John terus menyiarkan perkara yang dipelajarinya di YouTube untuk memberikan inspirasi kepada mereka yang membuat mata palsu dan menarik lebih ramai orang ke dalam bidang ini.

Liberty tersenyum dengan mata baharunya
Liberty dan adik lelakinya Caius. Keluarga Collins duduk di sekeliling meja menikmati makan tengah hari.
Dwayne dan anak perempuannya, Liberty, di pantai di Australia. Bilik tidur Liberty dengan lukisan Patung Liberty di belakangnya.

Dwayne mengambil selama 6 bulan berlatih sendirian sebelum dia dapat membuat mata palsu yang cantik yang dirasakanya cukup baik untuk Liberty. Selepas kejayaan awal ini, dia memutuskan untuk menjadikan minat yang baru ditemuinya itu, iaitu membuat mata palsu sebagai kerjayanya. Dia menghabiskan wang simpanan yang dikumpul sepanjang hidupnya untuk menjalani latihan sebagai perantis John di UK.

“Saya mahu mengubah cara pesakit dilayan. Dan saya tidak mahu kanak-kanak lain merasai pengalaman buruk yang dirasai oleh Liberty,” kata Dwayne.

Tonton filem ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan Dwayne.

Berita Berkaitan

Perihal seorang wanita yang menyelamatkan nyawa menggunakan motosikal, bank darah dan Peta Google

Perihal seorang wanita yang menyelamatkan nyawa menggunakan motosikal, bank darah dan Peta Google

Cara AI membantu doktor mencegah buta pada pesakit diabetes

Cara AI membantu doktor mencegah buta pada pesakit diabetes

Seorang artis agorafobia menggunakan Google Street View untuk menangkap gambar dunia

Seorang artis agorafobia menggunakan Google Street View untuk menangkap gambar dunia

Kisah seorang lelaki yang membongkar masa silam dibantu oleh Google Earth dan alat pengesan logam

Kembali ke atas