Langkau ke kandungan

Temui pasukan yang menggunakan pembelajaran mesin untuk membantu usaha menyelamatkan lebah dunia

Diketuai oleh pengasasnya, Katharina Schmidt, apic.ai berusaha untuk mencari jawapan tentang penurunan populasi lebah sedunia.
Bacaan 2 minit

Lebah memang sudah tidak asing dalam keluarga Katharina Schmidt sejak dia kecil lagi - malah sebelum dia dilahirkan. “Saya pernah bertanya kepada datuk saya: 'Sudah berapa lama keluarga kita menternak lebah?' Dia berkata, 'Sekurang-kurangnya sejak tahun 1894.' Itu ialah tahun ayahnya dilahirkan”. Dia masih dapat ingat dengan jelas pondok lebah di sebelah rumah datuknya - sehinggalah suatu ketika, pada pertengahan tahun 1990-an, pondok itu hilang entah ke mana. Semua lebah mati.

Minat Katharina terhadap lebah kembali membara tiga tahun yang lalu, selepas dia membaca tentang penurunan populasi lebah sedunia. Dia memulakan penternakan lebahnya sendiri dan mula membantu penternak lebah lain memasarkan madu mereka - tetapi dia segera menyedari skop sebenar masalah itu. “Masalah sebenarnya bukan kerana ketiadaan lebah madu yang mencukupi. Masalahnya ialah lebah dan serangga lain mati dalam jumlah yang besar di serata dunia dan kita tidak tahu punca kematian tersebut. Hal itu membuatkan saya berasa sangat tidak puas hati.”

Setahun setengah yang lalu, Katharina berbincang bersama rakan sebiliknya untuk mencuba dan mencari cara menyelamatkan lebah. Tidak lama selepas itu, tertubuhlah syarikat miliknya yang dinamakan apic.ai. Untuk mengumpulkan data, pasukan ini membina pemantau sarang menggunakan TensorFlow (rangka kerja pembelajaran mesin sumber terbuka Google). Pemantau sarang yang dilengkapi kamera untuk merakam bahan visual 24/7 ini menjejaki perkara seperti bilangan lebah yang pulang ke sarang setiap hari, cara lebah bergerak dan sama ada lebah tersebut membawa debunga. Data yang diperoleh itu kemudiannya dikongsi dengan pakar supaya mereka boleh membuat keputusan berdasarkan fakta dengan lebih baik tentang perkara seperti lokasi untuk menanam pokok dan bunga.

“Anda tidak perlu mempunyai semua kemahiran untuk membawa perubahan. Anda memerlukan keazaman untuk melihat masalah dan mahu mengubah masalah itu, dan anda akan menemukan jalannya.”
Katharina Schmidt
Katharina dan Frederic sedang melakukan sesuatu pada pemantau sarang lebah
Pemantau sarang lebah yang dirungkas
Katharina dan Frederic berdiri di hadapan sarang lebah, manakala bahan visual daripada kamera terpapar pada komputer
Lebah terbang ke dalam sarang dan memasuki bahagian di bawah kamera

Pada pandangan Katharina, akses kepada maklumat menghasilkan lebih banyak pilihan yang berdasarkan fakta. “Harapan kami adalah untuk memberikan fakta yang dapat dijadikan asas untuk membuat keputusan yang lebih baik kepada mereka yang berkuasa. Pada dasarnya, jika anda menunjukkan data ini kepada mereka dan menunjukkan akibat tindakan mereka, anda akan dapat mengubah minda mereka yang seterusnya akan mengubah nasib dunia.

“Sekurang-kurangnya, saya berharap itulah yang akan berlaku.”

Berita Berkaitan

Kisah seorang lelaki yang membongkar masa silam dibantu oleh Google Earth dan alat pengesan logam

Suku kaum di Amazon menggunakan telefon selular dan TensorFlow untuk membanteras pembalakan haram

Cara telefon pintar anda dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa anda dalam kes kecemasan

Seorang pencinta muzik muda mencari hala tujunya dengan mengikut panggilan paus

Kembali ke atas