Hari Wanita Antarabangsa 2021

Setiap yang pertama membuka peluang untuk yang lain

Kolaj fotografi wanita yang menampilkan Madam .C.J. Walker, Marie Curie, Junko Tabei dan wanita lain.
Kolaj fotografi wanita yang menampilkan Madam .C.J. Walker, Marie Curie, Junko Tabei dan wanita lain.

Pada tahun lalu, seluruh dunia telah mencari wanita yang pertama lebih daripada sebelum ini.1

Sama ada dalam bidang politik, sains, sukan atau seni, wanita telah memacu masyarakat untuk mara ke hadapan dalam sejarah. Sepanjang tahun lalu, dunia telah memerhatikan wanita-wanita yang mengatasi halangan pada masa mereka untuk melakukan perkara yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Sebagai wanita yang pertama, mereka mencapai kejayaan hasil usaha wanita sebelum mereka – wanita yang menetapkan asas tetapi tidak berpeluang untuk mencapai kemajuan yang sama. Sesetengah wanita pertama mencapai sesuatu yang baharu, manakala yang lain menerima pengiktirafan yang sepatutnya mereka terima lama dahulu. Di seluruh dunia, wanita-wanita pertama ini telah mencipta legasi yang luar biasa untuk diikuti oleh generasi-generasi akan datang.

Sebagai penghormatan untuk Hari Wanita Sedunia 2021, kami meraikan wanita pertama yang mengorak langkah dan ramai lagi wanita yang memperoleh inspirasi daripada mereka.

“Walaupun kita memperoleh inspirasi daripada pencapaian wanita setakat ini, kita perlu ingat bahawa perjalanan kita masih jauh. Di samping meraikan wanita yang pertama dalam sejarah, kami juga berusaha untuk memastikan ramai lagi wanita dapat mengikuti jejak langkah mereka.”

Lorraine Twohill, Ketua Pegawai Pemasaran Google dan ahli panel pakar Impact Challenge Google.org
Seorang wanita bekerja di perniagaan semaian tanamannya.
Impact Challenge Google.org

Impact Challenge Google.org untuk Wanita dan Gadis akan memberikan $25 juta kepada organisasi-organisasi yang mencipta laluan untuk kesejahteraan wanita dan gadis, yang memperkasa mereka bagi mencapai potensi ekonomi mereka sepenuhnya.

Wanita dalam bidang sains

Wanita pertama yang memenangi Hadiah Nobel

Marie Curie

Marie Curie telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1903 dan dalam bidang Kimia pada tahun 1911, menjadikan beliau wanita pertama yang memenangi hadiah tersebut dan juga yang pertama memenangi hadiah tersebut sebanyak dua kali.

Kolaj Marie Curie, seorang saintis.

Sebahagian besar peluang yang diberikan kepada wanita dalam bidang STEM hari ini adalah hasil penat lelah Marie Curie, yang pada mulanya tidak dipertimbangkan untuk menerima hadiah pada tahun 1903 kerana jantinanya walaupun dengan peranannya yang penting dalam kajian keradioaktifan. Ketabahan Curie dikongsi dengan wanita lain seperti angkasawan-angkasawan wanita pertama yang berjuang untuk menerima penghormatan yang sama seperti rakan sekerja lelaki mereka dan ramai lagi wanita yang menumpukan hidup mereka kepada sains, walaupun hasil usaha mereka mungkin tidak akan pernah diiktiraf secara meluas.

women-techmakers
Women Techmakers

Hadiri acara Women Techmakers untuk belajar dan berhubung dengan wanita dalam bidang teknologi.

Sebahagian besar peluang yang diberikan kepada wanita dalam bidang STEM hari ini adalah hasil penat lelah Marie Curie, yang pada mulanya tidak dipertimbangkan untuk menerima hadiah pada tahun 1903 kerana jantinanya walaupun dengan peranannya yang penting dalam kajian keradioaktifan. Ketabahan Curie dikongsi dengan wanita lain seperti angkasawan-angkasawan wanita pertama yang berjuang untuk menerima penghormatan yang sama seperti rakan sekerja lelaki mereka dan ramai lagi wanita yang menumpukan hidup mereka kepada sains, walaupun hasil usaha mereka mungkin tidak akan pernah diiktiraf secara meluas.

Sehingga tahun 2020, hanya 23 daripada 622 Hadiah Nobel yang dianugerahkan dalam bidang sains telah diterima oleh wanita.

Walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuhi oleh wanita yang menceburi kerjaya dalam STEM, sumbangan mereka terhadap kemajuan dalam bidang-bidang ini tidak dapat dinafikan. Pada tahun 2020, Emmanuelle Charpentier dan Jennifer A. Doudna telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kimia untuk hasil kerja mereka dalam membangunkan teknik kejuruteraan genetik yang dikenali sebagai CRISPR. Pencapaian ini penting kerana ini kali pertama hadiah tersebut dikongsi oleh dua wanita tanpa lelaki.

“Dalam kalangan wanita dan gadis, terdapat perasaan yang walau apa pun yang mereka lakukan, usaha mereka tidak akan diiktiraf dengan cara yang sama jika mereka adalah lelaki. Saya berharap hadiah ini dapat mengubah perasaan tersebut dan menjadi penggalak bagi wanita lain ... untuk menyedari bahawa hasil kerja mereka boleh mendapat penghormatan dan usaha mereka mampu meninggalkan kesan yang nyata.”

Jennifer A. Doudna, Penerima Hadiah Nobel
Gadis remaja, Gitanjali Rao, dari sisi.

Lihat cara Gitanjali membangunkan ciptaan bagi mengesan plumbum dalam air minuman di Flint, Michigan.

Daripada vaksin penyelamat nyawa hingga inovasi teknologi, wanita memainkan peranan penting dalam kemajuan paling utama pada tahun 2020. Özlem Türeci mendapat liputan akhbar dunia sebagai pengasas bersama BioNTech, syarikat Jerman yang menjadi rakan kongsi Pfizer bagi membangunkan vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan oleh A.S.

Pada tahun 2020 juga, Gitanjali Rao telah dinamakan sebagai Kanak-kanak Tahun Ini yang pertama oleh Majalah Time atas usaha beliau yang menggunakan teknologi untuk menangani isu daripada air minuman tercemar hingga ketagihan opioid dan pembulian siber. Jurutera Jigsaw Google juga, yang diketuai oleh Lucy Vasserman, telah membangunkan bahasa antarabangsa untuk Perspective, teknologi yang digunakan oleh banyak platform dan penerbit untuk mengenal pasti dan mengurangkan ulasan toksik.

Ini hanyalah segelintir daripada ribuan wanita di seluruh dunia yang hasil kerja mereka dalam bidang sains bukan sahaja memberi inspirasi kepada generasi para gadis tetapi juga membina dunia yang lebih sihat, selamat dan lebih inklusif untuk kita semua. Terokai lebih banyak kisah yang memberikan inspirasi tentang pengaruh wanita dalam sains dan bidang lain di Google Arts & Culture.

Minat carian seluruh dunia untuk wanita dalam bidang sains mencecah hasil tertinggi selama 10 tahun dalam enam bulan lepas.2

Wanita dalam perniagaan

Salah satu wanita pertama yang menjadi jutawan dengan titik peluh sendiri

Puan C.J. Walker (Sarah Breedlove)

Puan C. J. Walker, dilahirkan sebagai Sarah Breedlove, ialah salah seorang wanita pertama di dunia yang memperoleh lebih daripada $1 juta menerusi perniagaan yang diasaskan olehnya pada tahun 1910, iaitu Syarikat Pengilangan Puan C. J. Walker. Beliau bukan sahaja menewaskan fahaman seksis apabila membangunkan perniagannya, malah beliau juga menentang diskriminasi perkauman dan memainkan peranan penting dalam perjuangan untuk menamatkan rasisme, kolonialisme dan imperialisme, yang menjadi contoh bagi ramai wanita hari ini yang menghadapi halangan yang sama.

Kolaj Madam C.J. Walker, seorang usahawan.

Walker ialah salah seorang daripada ramai wanita yang mencapai kejayaan dalam perniagaan: daripada pedagang wanita Asia Tenggara dan Afrika prakolonial yang bercita-cita tinggi dan saudagar wanita perintis di London kurun ke-18 hingga ikon seperti Helena Rubinstein dan Margaret Rudkin (pengasas Pepperidge Farm), yang syarikat permulaan mereka telah berkembang menjadi perusahaan global hari ni.

Wanita-wanita ini telah membuka laluan untuk pemilik perniagaan wanita yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Menurut data terbaharu, satu daripada tiga perniagaan di seluruh dunia dimiliki oleh wanita3 dan di A.S., 21% daripada semua perniagaan yang dimiliki wanita adalah milik wanita Kulit Hitam.4

webinar-percuma
Mahir Digital Bersama Google

Hadiri webinar percuma untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan anda.

Walaupun setiap wanita yang membuka perniagaannya sendiri kenal erti kesusahan, halangan yang dialami oleh perniagaan akibat pandemik global ini adalah antara yang paling buruk sepanjang seabad yang lalu. Wanita, terutamanya wanita bukan kulit putih, telah menjadi salah satu kumpulan yang paling teruk terjejas, dengan kadar kehilangan pekerjaan dan tekanan ekonomi yang lebih tinggi akibat peningkatan tanggungjawab domestik dan diskriminasi kaum.5

“2020 ialah tahun yang bagus, tetapi banyak perkara yang boleh kita pelajari,” ujar Betsy Mikesell, pengasas bersama Beddy’s, syarikat set peralatan tempat tidur di Jordan Barat, Utah. “Sepanjang tahun lalu, kami telah menyedari betapa pentingnya kehadiran dalam talian.” Fatima Alvarez ialah pengasas bersama Someone Somewhere, syarikat pakaian yang bekerja dengan lebih daripada 180 artisan di lima negeri di Mexico. “Apabila saya fikirkan tentang perkara yang mendorong saya untuk terus mara, saya sedar jawapannya ialah kerja yang saya lakukan. Saya tahu yang kami membantu orang dan saya tidak akan berputus asa,” kata beliau.

Walaupun dengan tekanan dalam 12 bulan lalu, kemajuan wanita dalam perniagaan memberi kita harapan untuk masa hadapan. Pada bulan Januari 2021, kabinet Jerman meluluskan rang undang-undang yang mewajibkan syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham dengan lembaga eksekutif yang terdiri daripada lebih tiga ahli mengambil sekurang-kurangnya seorang wanita dalam lembaga tersebut dan Janet Yellen telah dinamakan sebagai setiausaha perbendaharaan pertama Amerika Syarikat.

Pemilik perniagaan kecil, Fatima Alvarez.

Fatima Alvarez, pengasas bersama Someone Somewhere

“Apabila wanita berjaya, kita semua berjaya. Kita perlu menyokong mereka bagi memastikan mereka mempunyai alat untuk terus mara ke arah kemajuan dan menjadi pemimpin yang sewajarnya."

Bonita Stewart, Naib Presiden Perkongsian Global di Google

Wanita dalam bidang sukan

Wanita pertama yang mendaki Gunung Everest

Junko Tabei

Junko Tabei ialah pendaki gunung, penulis dan guru berbangsa Jepun. Pada tahun 1975, beliau telah menjadi wanita pertama yang mencapai puncak Gunung Everest dan sebelum meninggal dunia pada 2016, beliau juga telah menjadi wanita pertama yang mendaki Tujuh Puncak, iaitu puncak tertinggi untuk setiap benua. Hari ini, atlet wanita terus memecahkan rekod baharu, yang menaikkan standard untuk wanita dan juga lelaki.

Kolaj Junko Tabei, seorang pendaki gunung dengan kelengkapan mendakinya di lereng gunung.

Keupayaan bersukan golongan wanita secara tradisional dilihat lebih rendah berbanding lelaki, tetapi sejarah dipenuhi dengan wanita gagah yang menolak batas kemampuan fizikal mereka sendiri, dan dengan demikian menolak masyarakat ke hadapan juga. Pada tahun 1926, Gertrude Ederle menjadi wanita pertama yang berenang menyusuri selat Inggeris dan menewaskan rekod lelaki terpantas sedia ada dengan perbezaan masa hampir dua jam. Pada tahun 1967, Kathrine Switzer yang berumur 20 tahun menjadi wanita pertama yang berlari dalam acara Maraton Boston secara rasmi – walaupun terpaksa melalui pegawai perlumbaan yang cuba menahannya secara fizikal daripada meneruskan perlumbaan.

Dalam masa 50 tahun lalu, lebih daripada 700 orang wanita telah mendaki Gunung Everest, 629 wanita telah berenang merentas selat Inggeris dan 7 wanita telah membuat jaringan dunk dalam perlawanan WNBA.

Minat carian global untuk wanita pertama yang mendaki gunung everest mencatatkan peningkatan tertinggi sepanjang masa pada tahun lalu.6

Atlet wanita hari ini terus mencabar konsep sukan dan kelelakian dan sering dilayan secara tidak adil disebabkan oleh jantina mereka. Pada tahun 2020, hanya dua orang wanita disenaraikan antara atlet yang dibayar tertinggi di dunia.7

Namun, masih ada kejayaan yang boleh diraikan. Pada bulan November 2020, Miami Marlins telah melantik Kim Ng sebagai pengurus besar mereka, menjadikan beliau wanita pertama menjadi pengurus besar dalam sejarah Liga Besar Besbol.

Pengurus besar pasukan Liga Besar Besbol, Kim Ng, mempamerkan gaya gagah.

Kim Ng, wanita pertama yang menjadi pengurus besar dalam sejarah Liga Besar Besbol

“Saya tidak yakin bahawa saya mampu mendaki El Cap tanpa kelengkapan dalam masa sehari semasa saya menetapkan matlamat tersebut untuk diri sendiri ... Tetapi itulah sebabnya saya memilih untuk berbuat demikian. Impian yang mustahil mencabar kita untuk berusaha lebih gigih daripada yang biasa kita lakukan supaya kita dapat melihat jika kita mampu menjadi versi diri kita yang lebih baik.”

Emily Harrington

Perkara yang sedang dilakukan oleh Google

Kami berusaha untuk masa depan di mana terdapat keadilan di seluruh dunia, peluang yang sama untuk berjaya dalam setiap bidang, dan di mana wanita selamat dalam talian dan di dunia fizikal. Selain itu, kami tetap komited untuk mewujudkan ekuiti dalam tenaga kerja, dan dengan ini, Google telah memberikan komitmen untuk meningkatkan perwakilan kepemimpinan kumpulan yang kurang terwakili sebanyak 30% menjelang 2025.

1. Berdasarkan data Aliran Google setakat Jan. 2021, semasa mengukur minat carian bahasa Inggeris untuk frasa “the first woman” dan “first woman” Jan. 2004–Dis. 2020.
2. Berdasarkan data Aliran Google setakat Jan. 2021, semasa mengukur minat carian Google Jan. 2004–Dis. 2020. Oleh sebab “wanita dalam bidang sains” ialah topik, minat diukur merentas semua bahasa yang disokong Google.
3. Bank Dunia, 2020
4. American Express 2020 Keadaan Perniagaan yang Dimiliki Wanita
5. Pusat Kemajuan Amerika, 2020
6. Berdasarkan data Aliran Google setakat Jan. 2021, semasa mengukur minat carian bahasa Inggeris Jan. 2004–Dis. 2020.
7. Forbes, 2020

Ilustrasi oleh Kate Gibb

Berita Berkaitan