TERUSKAN MENCARI – Bacaan 13 minit
Hidup untuk Berbakti
Semangat membara untuk berkhidmat dan keghairahan terhadap teknologi sumber terbuka membantu seorang veteran membina dunia yang lebih inklusif.
Bagi Matt Landis, takrif seorang veteran adalah lebih daripada “seseorang yang pernah menjadi askar.” Matt yang sekarang ini bekerja untuk memberi anak autistiknya dan orang lain peluang untuk hidup lebih bebas, membuktikan bahawa seorang veteran ialah seseorang yang tidak pernah berhenti berkhidmat kepada orang lain.
"Saya sering mengalami kesukaran dan juga mengambil masa agak lama untuk memikirkan cara membalas ucapan 'Terima kasih atas perkhidmatan anda' atau apa-apa ucapan seperti itu," katanya. Tetapi sejak berpindah ke Pittsburgh, Matt telah belajar cara untuk menjawab apabila orang mengucapkan terima kasih atas perkhidmatannya: dengan satu jemputan.
"Sertai saya," katanya kepada mereka. "Ayuh ikut berkhidmat bersama-sama saya. Anda ingin bercakap tentang perkhidmatan atau menghargai kami, maka ikut kami dan lakukan bersama-sama kami kerana kami amat memerlukan anda. Kami memerlukan orang untuk ikut serta dan bersedia berjuang bersama kami dalam membuat perubahan yang mahu kami lihat dalam komuniti kami dan terlibat mengubahnya, "katanya.
“Dan kemudian, tentu sekali, ramai orang menyertai mereka.”