Langkau ke kandungan

Wira Wanita Bangkit

Seorang aktivis Congo menggunakan Carian Google untuk mencipta peluang bagi wanita di negaranya.

Menurut PBB, Republik Demokratik Kongo merupakan salah sebuah negara yang paling berbahaya 1 di dunia untuk seorang wanita. Gadis dikahwinkan pada usia muda, wanita melaporkan keganasan rumah tangga endemik dengan sedikit sahaja perlindungan diberikan oleh undang-undang dan pendidikan formal sering menjadi pilihan yang tidak diutamakan.

Menurut PBB, Republik Demokratik Kongo merupakan salah sebuah negara yang paling berbahaya 1 di dunia untuk seorang wanita. Mereka melalui keperitan perkahwinan kanak-kanak, keganasan rumah tangga endemik dan mendapat pendidikan formal yang sedikit.

Neema Namadamu dilahirkan di kampung Itolombe di pedalaman Congo. Tanpa akses kepada vaksin moden, dia menghidap polio pada usia dua tahun. Walaupun kecacatan fizikal yang dialami telah menyebabkan beliau dianggap tidak layak berkahwin oleh kaumnya, beliau memperoleh masa untuk menumpukan perhatian pada pelajarannya, membebaskan diri daripada kitaran hidup ttipikal seorang wanita di pedalaman DRC. Kembali ke daerah asalnya setelah menamatkan pengajian universiti dan membina kerjaya, Neema didorong oleh semangat baharu untuk aktivisme dan bertekad mahu menggunakan pendidikannya untuk membawa perubahan. Mengatasi segala-galanya, beliau percaya bahawa akses kepada maklumat dapat memanfaatkan rasa ingin tahu masyarakatnya dan memperkasakan wanita untuk membina masa depan mereka sendiri.

1 Tinjauan Yayasan Thompson Reuters Foundation Survey, Jun 2018

Neema Namadamu dilahirkan di kampung Itolombe di pedalaman Congo. Tanpa akses kepada vaksin moden, dia menghidap polio semasa berusia dua tahun. Kecacatan fizikal akibat penyakitnya itu telah membolehkan dia menumpukan pada pelajaran dan melepaskan diri daripada kitaran hidup biasa seorang wanita di pedalaman DRC.

Apabila pulang ke kampungnya selepas menamatkan pengajian di universiti, dia bertekad menggunakan pendidikannya untuk membawa perubahan. Paling penting, dia percaya bahawa akses kepada maklumat dapat memanfaatkan rasa ingin tahu masyarakatnya dan memperkasakan wanita untuk membina masa depan mereka sendiri.

1 Tinjauan Yayasan Thompson Reuters, Jun 2018

Landskap Bukavu, Republik Demokratik Congo dan Tasik Kivu Bukavu, sebuah bandar di pantai barat daya Tasik Kivu, merupakan salah satu kawasan yang paling padat dengan penduduk di DRC dan tempat Pusat Media Maman Shujaa Namadamu beribu pejabat.
Wanita di jalan raya Bukavu membawa tumbuh-tumbuhan

Hanya 3.9% daripada penduduk di DRC bersambung ke Internet. Neema menganggarkan sebahagian besar pengguna tersebut adalah lelaki.

Pada 2012, Neema membuka Pusat Media Maman Shujaa yang menawarkan latihan celik digital percuma kepada wanita. Hari ini, pusat ini berfungsi sebagai tempat pertemuan dan ruang yang selamat bagi kaum wanita dan para gadis untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia di sekeliling mereka. Ramai daripada mereka menggunakan Carian Google buat kali pertama di sini. Komuniti wanita ini bekerjasama untuk mencari jawapan, memberikan sokongan dan membina masa depan yang menyaksikan semua wanita mempunyai akses kepada jenis peluang yang dilakukan oleh Neema. Sepanjang lima tahun yang lalu, beribu-ribu wanita telah melangkah ke luar dari pintu Maman Shujaa dan memulakan perjalanan yang luar biasa. Berikut ini hanyalah beberapa contoh cerita mereka.

Bagaimanakah cara untuk menjelaskan tentang keadaan apabila tahap kefahaman anda melonjak dengan tidak disangka-sangka? Apabila wanita datang ke pusat ini, mereka duduk di hadapan komputer dan mengembara ke seluruh dunia tanpa meninggalkan tempat duduk mereka. Internet telah mendedahkan mereka kepada dunia yang mereka tidak sangka wujud. Semua perkara yang sebelum ini tidak terjangkau oleh mereka, kini hanya berada di hujung jari. Bagaimanakah cara untuk menjelaskan tentang keadaan apabila tahap kefahaman anda melonjak dengan tidak disangka-sangka? Internet telah mendedahkan mereka kepada dunia yang mereka tidak sangka wujud. Semua perkara yang sebelum ini tidak terjangkau oleh mereka, kini hanya berada di hujung jari.

Neema Namadamu

Princesse Muhindo Malembro

Cara membina semula enjin kereta

Dua tahun lalu, ketika bekerja sebagai mekanik di bengkel kereta, Princesse Malembro melihat wanita memasuki pejabat yang berada satu tingkat di atas ruang kerjanya: pusat Maman Shujaa. Dia mula menyertai kelas selepas waktu syifnya — masih memakai jumpsut kerja — menggunakan Carian untuk mencari video atau artikel yang berkaitan dengan pembaikan kereta supaya beliau lebih maju selangkah berbanding rakan sekerjanya di bengkel.

Dua tahun lalu, ketika bekerja sebagai mekanik di bengkel kereta, Princesse Malembro mula menyertai kelas di Maman Shujaa selepas waktu syifnya — masih memakai jumpsut kerja — menggunakan Carian supaya beliau lebih maju selangkah berbanding rakan sekerjanya di bengkel.

Saya tidak akan mengubah seluruh dunia, tetapi apa yang saya lakukan adalah untuk menumpukan pada kampung saya, pada komuniti saya. Sebab utama saya memulakan pusat saya adalah untuk membantu orang ramai mengetahui rupa sebenar dunia ini.

Neema Namadamu

Princesse bekerja di bawah kereta dengan memakai baju senyawa kerja berwarna biru. Malembro menggunakan masa beliau di Maman Shujaa bukan sahaja sebagai pembangun profesional, malah sebagai tempat untuk membangunkan persahabatan yang bermakna dan menjadi sebahagian daripada komuniti lebih besar yang berkongsi pengetahuan.
Princesse tersenyum dan ketawa dengan dua anak kecil.
Princesse berjalan sambil berpegangan tangan dengan anak saudaranya.
Sejak saya tiba di pusat ini, saya mendapati diri saya lebih terbuka kepada dunia luar. Saya rasa seolah-olah berada dalam sebuah keluarga apabila saya bersama ahli lain membincangkan perkara yang kami dapati menarik di Google atau YouTube.

Princesse Muhindo Malembro

Clementine Namasomo

Membuat a
pelan pelajaran

Apabila Clementine Namasomo mula-mula sampai ke pusat ini, dia bekerja sebagai penjaga tetapi tidak terus pulang selepas menyelesaikan tugasnya – kerana tertarik dengan kerja yang dilakukan oleh wanita lain pada komputer mereka.

Apabila Clementine Namasomo mula-mula tiba ke pusat ini, dia bekerja sebagai penjaga, tetapi tertarik dengan kerja yang dilakukan oleh wanita lain pada komputer mereka.

Clementine berjalan di sepanjang jalan di Bukavu, Republik Demokratik Congo. Setiap pagi, Namasomo menjaga anaknya yang berusia satu tahun sebelum dia dan suaminya menyeberangi sempadan dari Rwanda ke Bukavu dalam perjalanan ke pusat ini.
Potret Clementine dengan suaminya dan anak lelaki yang masih kecil.
Clementine Namasomo menyusuri jalan tanah.
Dia tidak dapat pulang ke rumah. Dia duduk di situ sambil merenung komputer. Saya dapat melihat rasa ingin tahu.

Neema Namadamu

Dengan galakan daripada Neema, Clementine mengambil kelas bersama wanita lain dan tidak lama kemudian, semakin mahir menggunakan Internet. Hari ini, beliau merupakan pengurus pusat komputer Maman Shujaa, iaitu kakitangan yang membantu wanita menggunakan Carian dan Terjemah untuk mencari jawapan bagi persoalan mereka dan merancang usaha niaga pada masa hadapan.

Riziki Badherhekuguma

Merakam album

Riziki Badherhekuguma, ibu kepada tiga anak, menghabiskan masa setiap pagi untuk membuat sarapan dan menghantar anaknya ke sekolah sebelum menghadiri kelas di Maman Shujaa. Dia yang merupakan seorang pelakon dan pemuzik, pergi ke pusat itu untuk mengakses maklumat tentang seni dan hiburan serta menemui orang lain yang mempunya minat yang sama.

Riziki Badherhekuguma, ibu kepada tiga anak, menghabiskan masa setiap pagi untuk membuat sarapan dan menghantar anaknya ke sekolah sebelum pergi ke pusat tersebut untuk membuat penyelidikan tentang minatnya dalam bidang filem dan muzik.

Riziki menyediakan sarapan dengan dua orang anaknya. Badherhekuguma telah membintangi tujuh buah filem dan mengarah sendiri tiga buah filem setakat ini. Beliau juga mendaftarkan wanita lain dalam komunitinya untuk bekerjasama dalam projeknya.
Riziki memainkan muzik dan menyanyi dengan dua kolaborator. Beliau juga menggubah lagu, yang dikongsi dengan rakan segereja untuk persembahan dan rakaman.
Riziki melipat pakaian di rumahnya.
Kali pertama saya tiba di Maman Shujaa, saya bertanyakan banyak soalan: Bagaimanakah saya boleh masuk dalam talian? Adakah wanita sahaja penghuni di sini? Adakah hal ini akan benar-benar berhasil? Tetapi apabila saya mendapat perhatian dan jagaan guru serta mula belajar dalam bahasa Swahili dan Perancis, saya berkata kepada diri sendiri, 'Masa depan yang dicari ada di sini.'

Riziki Badherhekuguma

Badherhekuguma, Ibrahim dan Malembro bertemu di Maman Shujaa, dan kini mereka menghabiskan masa bersama-sama bekerja dan berkongsi cerita kehidupan mereka dengan satu sama lain di pusat tersebut. Badherhekuguma, Ibrahim dan Malembro bertemu di Maman Shujaa, dan kini mereka menghabiskan masa bersama-sama bekerja dan berkongsi cerita kehidupan mereka dengan satu sama lain di pusat tersebut.

Apabila wanita datang ke pusat itu, mereka datang dengan persoalanan yang berlainan. Ada yang datang untuk melihat fesyen dan wanita yang lain untuk melihat mesin jahit. Yang lain pula mencari cara untuk mendapatkan biasiswa, cara untuk memasak dengan lebih baik atau cara mencari pekerjaan di dalam talian. Setiap orang datang dengan keperluan mereka sendiri.

Neema Namadamu

Djamila Ibrahim

Mencari biasiswa

Djamila Ibrahim sering mendengar salah seorang jirannya didera oleh suaminya. Pengalaman itu mendorong dia untuk membantu wanita yang menjadi mangsa ketidakadilan, tetapi dia tidak mempunyai cara untuk meneruskan pelajarannya selepas sekolah menengah. Selepas seorang rakan memperkenalkannya kepada Neema dan Maman Shujaa, Djamila - seperti ramai wanita yang ingin mencari peluang melanjutkan pelajaran di pusat itu - menggunakan Carian untuk mencari biasiswa yang dapat membantunya menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.

Djamila Ibrahim sering mendengar salah seorang jirannya didera oleh suaminya dan hal itu mendorong dia untuk membantu wanita yang menjadi mangsa ketidakadilan. Selepas seorang rakan memperkenalkannya kepada Neema dan Maman Shujaa, Djamila menggunakan Carian untuk mencari biasiswa yang dapat membantunya menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang.

Djamila mencatat nota dalam kelas. Ibrahim berharap bahawa biasiswa, bersama dengan penyelidikan yang dilakukannya di pusat ini, akan membantunya dalam mempertahankan hak mereka yang paling lemah.
Djamila bercakap dengan wanita lain di pasar di Bukavu.
Di samping melanjutkan pelajarannya, Ibrahim juga menemukan kedai kreatif di Maman Shujaa. Dia menyanyi dan berkerjasama dengan Badherhekuguma dalam projek filem. Di samping melanjutkan pelajarannya, Ibrahim juga menemukan kedai kreatif di Maman Shujaa. Dia menyanyi dan berkerjasama dengan Badherhekuguma dalam projek filem.

Djamila berbual dengan pelajar lain di Maman Shujaa.
Apabila saya melihat wanita, gadis dan kanak-kanak sering dimalukan dan diperlakukan dengan tidak adil, itulah ketikanya saya memutuskan untuk belajar undang-undang. Pada mulanya, tiada siapa yang menggalakkan saya mencari maklumat tentang cara untuk menjadi seorang peguam. Tetapi saya telah mendapat insipirasi daripada Neema.

Djamila Ibrahim

Visi Namadamu adalah untuk membuka lebih banyak pusat di sekitar DRC supaya lebih ramai wanita memiliki akses kepada pengetahuan dan peluang yang dibawa bersama. Wanita seperti Neema, Princesse, Clementine, Djamila dan Riziki berkumpul di Maman Shujaa untuk menubuhkan komuniti yang begitu bersemangat untuk belajar, berusaha ke arah mencapai matlamat mereka dan menyokong antara satu sama lain.

Wanita, sesungguhnya kita ialah ibu kepada negara ini, planet ini. Anda berkongsi semua yang anda ada. Anda berkongsi cinta anda, berkongsi pengetahuan anda, berkongsi peluang anda, anda berkongsi cabaran anda. Apabila anda berkongsi, anda membawa perubahan dalam setiap manusia yang hidup.

Neema Namadamu

Fotografi oleh Diana Zeyneb Alhindawi

Apabila wanita datang ke pusat ini, mereka duduk di hadapan komputer dan mengembara ke seluruh dunia tanpa meninggalkan tempat duduk mereka. Internet telah mendedahkan mereka kepada dunia yang mereka tidak sangka wujud. Semua perkara yang sebelum ini tidak terjangkau oleh mereka, kini hanya berada di hujung jari.

Neema Namadu, Penyelaras II

Begini caranya anda boleh membantu

Sokong Neema Namadamu dan wanita Maman Shujaa yang sedang berusaha untuk memperluas akses digital dan membina komuniti untuk wanita di seluruh Republik Demokratik Kongo.

Derma

Berita Berkaitan

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Meraikan perniagaan kecil kerana sentiasa berada berdekatan apabila diperlukan

Meraikan perniagaan kecil kerana sentiasa berada berdekatan apabila diperlukan

Seorang warga Peribumi Amerika yang belajar sendiri cara untuk menulis kod membawa komunitinya bersama

Seorang warga Peribumi Amerika yang belajar sendiri cara untuk menulis kod membawa komunitinya bersama

Perihal seorang wanita yang menyelamatkan nyawa menggunakan motosikal, bank darah dan Peta Google

Perihal seorang wanita yang menyelamatkan nyawa menggunakan motosikal, bank darah dan Peta Google

Temui pasukan yang menggunakan pembelajaran mesin untuk membantu usaha menyelamatkan lebah dunia

Kembali ke atas