Langkau ke kandungan
perniagaan kecil

Perihal seorang lelaki dan basikalnya yang menggunakan Peta Google untuk menyampaikan keseronokan membaca

Bagi penjual buku berbasikal Mattia Garavaglia, Peta Google bukan sahaja membantunya untuk sampai kepada pembaca yang sedang dalam sekatan pergerakan ─ malah menandakan permulaan bab baharu untuk komunitinya.

Bacaan 3 minit

Dengar kisah Mattia

4:19

*Audio dalam bahasa Inggeris sahaja

Mattia Garavaglia meletakkan sebuah buku berwarna hijau terang ke dalam bakul dan memerhatikan bakul itu diangkat ke balkoni di tingkat atas: ini cuma salah satu cara bijak yang dia temukan untuk menghantar buku kepada pelanggannya semasa sekatan pergerakan.

Dia menghilang bersama basikalnya ke jalan berselirat yang diturap batu buntar di sekitar bandar Turin, Itali. Mattia berada di persinggahannya yang kelima pada hari ini ─ menghantar sendiri pelbagai buku dari kedainya, Libreria del Golem kepada puluhan pelanggan yang terpaksa duduk di rumah di sekitar Turin. Apabila COVID-19 melanda Itali, impian Mattia untuk memiliki kedai buku sendiri hampir musnah. Dengan sedikit bantuan daripada Peta Google dan minat mendalam terhadap berbasikal, dia menemukan cara untuk meneruskan impiannya.

Mattia mendongak ketika seorang pelanggan menurunkan bakul dari balkoni untuk penghantaran bukunya

Dilahirkan dan dibesarkan di Turin, cinta Mattia yang kini berusia 30 tahun terhadap buku bermula sejak kecil. Apabila dia tidak berada di sekolah, dia boleh ditemui di antara rak yang berdebu di kedai buku terpakai tempat dia bekerja. “Sejak kecil, saya membaca banyak karya Terry Deary. Saya menggemari perkara lucu yang sering diselitkannya semasa mengajar sejarah kepada kita,” kata Mattia. Beberapa tahun kemudian, Mattia telah dianugerahi ijazah Laurea Magistrale dalam bidang Sejarah dan impiannya untuk memiliki kedai buku sendiri tercapai apabila sebuah kedai diiklankan untuk dijual di Turin. Di sinilah permulaan Libreria del Golem.

Mattia termenung sambil bersandar di muka pintu kedainya, Libreria del Golem
Dia mempamerkan pelbagai buku yang disusun secara bertimbun dengan teliti di dalam kedainya
Lakaran tangan dan halaman buku cerita diklipkan pada beberapa utas tali yang digantung berjuntai menghiasi tingkap kedai
“Dalam buku, anda dapat menemukan semua perkara. Pada suatu hari anda mungkin mendapati diri anda berada di planet Marikh, keesokan harinya anda berada pada tahun 1800.”

Selepas tiga setengah tahun, yang pada awalnya dia menghabiskan keseluruhan masa di kedai untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar, Mattia berhadapan dengan cabaran yang paling sukar: pandemik COVID-19. Apabila bandar itu dikenakan sekatan pergerakan, perniagaan setempat mencari cara baharu untuk kekal berhubung dengan pelanggan dan komuniti mereka.

Pada 25 Februari 2020, Mattia menyiarkan gambar dirinya dan basikal miliknya pada media sosial dengan kapsyen, “Saya akan datang kepada anda.” Sekiranya orang tidak dapat mengunjungi kedai, dia akan mencari cara untuk membawa bukunya kepada mereka dengan selamat; sama ada dengan meletakkan buku di dalam bakul yang diangkat ke atas untuk pelanggan atau meletakkan bungkusan di birai tingkap dengan berhati-hati. “Idea kecil mencetuskan perubahan besar,” kata Mattia.

Dalam masa beberapa hari, inventori dan jualannya meningkat tiga kali ganda. Kedai buku Mattia kembali beroperasi. Akan tetapi ini membawa satu siri cabaran baharu. Mattia akan menghabiskan masa berjam-jam untuk melukis peta menggunakan pensel dan kertas, biasanya dia memplot 50 tempat penghantaran dengan tangan setiap hari. Dia menghabiskan lebih banyak masa untuk melukis peta berbanding menghantar buku, jadi perubahan perlu dilakukan.

“Saya mendapati bahawa dengan Peta Google, saya hanya perlu menyimpan semua lokasi yang hendak dituju.”

Selepas dia menjadualkan semua penghantaran untuk hari itu, Mattia akan menggunakan Peta Google untuk merancang laluan basikal terpantas ke tempat persinggahan yang disimpannya ─ ini membantu dia untuk menghantar lebih banyak buku dengan hanya mengambil separuh masa daripada kebiasaannya. “Peta Google menjadi nadi utama kewujudan penghantaran saya setiap hari,” katanya.

5 mins 1.5 km Tramite Corso Regina Margherita
7 mins 1.9 km Tramite Viale 1° Maggio
8 mins 2.0 km Tramite Via Sant'Agostino
La libreria del Golem 7 mins 1.9 km 5 mins 1.5 km 8 mins 2.0 km Alessandro
Mattia mengayuh basikalnya melalui jalan yang diturap batu buntar di sekitar Turin Dia menghantar beberapa buah buku kepada pelanggan yang memakai pelitup muka, menerusi pintu depan rumah mereka

Untuk menjadikan penghantaran lebih menarik, teman wanita Mattia, Gida ─ seorang chef setempat ─ kadangkala akan membuat pencuci mulut tiramisu istimewanya dan membungkus setiap buku bersama kejutan manis itu.

Pakej buku mereka mencetuskan kegembiraan di seluruh bandar Turin. Ini menginspirasikan perkongsian antara Mattia dengan Denise Cappadonia, pemilik kedai buku NORA Book & Coffee. Mereka bekerjasama untuk menjangkau lebih ramai pelanggan serta saling menyokong dan bukannya bersaing untuk perniagaan.

Apabila orang terperangkap di rumah, mereka boleh meninggalkan bandar dan mengembara ke mana-mana sahaja yang mereka mahu, semuanya menerusi halaman sebuah buku.

Denise Cappadonia Pemilik, NORA Book & Coffee

Kini, Mattia, Gida dan Denise mencari lebih banyak cara untuk membantu komuniti mereka dan penjual buku bebas di seluruh Turin. Ke mana-mana sahaja jalan membawa mereka, satu perkara yang pasti: ini hanyalah permulaan cerita mereka.

Berita Berkaitan

Temui lelaki yang menyebarkan keamanan menggunakan basikal dan Google Terjemah

Temui lelaki yang menyebarkan keamanan menggunakan basikal dan Google Terjemah

Meraikan perniagaan kecil kerana sentiasa berada berdekatan apabila diperlukan

Meraikan perniagaan kecil kerana sentiasa berada berdekatan apabila diperlukan

Apabila demensia melenyapkan ingatan, basikal membantu untuk mengembalikannya semula

Apabila demensia melenyapkan ingatan, basikal membantu untuk mengembalikannya semula

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Menghidupkan cerita kanak-kanak dalam 3D menggunakan Tilt Brush

Kembali ke atas