Langkau ke kandungan

Adakah hutan hujan dapat diselamatkan dengan mendengarnya?

Suku kaum di negeri Pará, Brazil sedang mencari jalan untuk menggunakan telefon mudah alih lama dan pembelajaran mesin untuk melawan pembasmian hutan.

Hidupkan audio anda untuk mendapatkan pengalaman yang terbaik.

Hutan hujan Amazon, di sebalik keindahannya, juga merupakan tempat yang sangat bising.

Seekor monyet menjerit.

Hujan turun di bawah kanopi.

Seekor burung menandai kawasan. Seekor burung kakaktua, sebenarnya.

Akan tetapi ada bunyi lain kedengaran di bawah, menandakan ada sesuatu yang lain di Amazon.

Sebuah gergaji rantai.

Amazon merupakan hutan hujan tropika yang terbesar di dunia dan menjadi kediaman bagi satu perempat daripada kepelbagaian hayat dunia.

Sejak tahun 1970, 20% daripada Amazon telah dimusnahkan oleh pembasmian hutan.

Orang asli Tembé tinggal di hutan hujan seluas 2,800 km² di utara Brazil. Lebih 30% daripada kawasan mereka telah dimusnahkan oleh penternakan lembu, kebakaran dan pembalakan haram.

Ketua Naldo Tembé
"Petanda paling besar dalam hidup saya adalah semasa berusia 8 tahun, ketika saya pergi melakukan pemeriksaan pertama [di hutan ini]. Pada masa itu, kami banyak mendengar cerita tentang pembalak yang membawa keluar kayu dari kawasan kami dan saya marah apabila melihat orang mencuri kayu, [jadi] kami mengambil tindakan."

– Ketua Naldo Tembé

Semasa kecil, Naldo Tembé mengorbankan segala bentuk kehidupan kanak-kanak normal demi hutan hujan. Beliau mengatur beberapa kumpulan kecil kanak-kanak untuk meninjau kawasan mereka bagi mengesan pembalak haram tanpa pengetahuan ibu bapanya, kerana tugas pemantauan pembalak bersenjata adalah berbahaya kepada sesiapa saja, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Dia memberitahu kepada sesiapa sahaja yang mahu mendengar tentang tekadnya untuk memelihara hutan dan kaumnya memberikan perhatian. Apabila dia berusia 15 tahun, dia dilantik menjadi ketua kaum.

Ketua Naldo
Ketua Naldo Tembé
"Menjadi ketua merupakan tugas yang sangat berat, kerana anda mula memikirkan tentang kehidupan orang lain, bukan kehidupan anda. Keadaan itu sememangnya sangat sukar. Malah sehingga hari ini, setelah bertahun-tahun menjadi ketua, saya masih belum biasa dengan tanggungjawab ini."

– Ketua Naldo Tembé

Bagi Tembé, kehidupan dan hutan sentiasa berkait. Apabila pembalak haram memusnahkan hutan demi keuntungan, mereka bukan hanya memusnahkan pokok tetapi budaya dan warisan orang yang telah tinggal di sana sejak berabad-abad lamanya.

Semasa Ketua Naldo berjuang untuk memelihara tanah rakyatnya, di sebuah desa di seberang wilayah itu, Dona Verônica Tembé mengadakan kempen untuk membantu suku kaum tersebut menuntut kembali budaya mereka. Beliau menggalakkan kaum Tembé mengadakan perayaan tradisional dan bercakap menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri selain bahasa Portugis Brazil. Kini, cucu perempuannya, Marcelina Kuda, mengajar bahasa Tembé kepada generasi baharu di sekolah desa, dengan harapan mereka akan menjadi duta kebudayaan hutan itu untuk generasi baharu.

Cuda Tembé mengajar pelajarnya bahasa ibunda Tembé di dalam bilik darjah.

Sepanjang 30 tahun yang lalu, Ketua Naldo dan suku kaumnya telah mengambil semula sebahagian besar tanah mereka daripada penceroboh, tetapi pengesanan aktiviti pembalakan haram yang baharu terus menjadi cabaran yang berbahaya. Pembalak haram memasuki tanah Tembé dalam kegelapan malam dan mampu membinasakan beratus-ratus hektar hutan tanpa dikesan. Bunyi hutan hujan yang sentiasa ada telah menenggelamkan bunyi bising gergaji dan lori pembalak, menjadikan pemantauan beribu-ribu kilometer persegi hutan hujan suatu tugas yang hampir mustahil dilakukan.

Kaum Tembé sangat teratur, berpendidikan tinggi; mereka tidak takut menggunakan alatan dan teknologi baharu. Mereka sedang mencari usaha sama. Mereka bukan mencari bantuan.

– Topher White, pengasas Rainforest Connection

Pada tahun 2014, Ketua Naldo menghubungi Topher White, pengasas Rainforest Connection iaitu organisasi alam sekitar bukan untung dan bersama-sama, mereka memulakan projek hebat menggunakan telefon Android yang dikitar semula dan TensorFlow, model pembelajaran mesin sumber terbuka Google, untuk mengesan bunyi pembalakan haram dalam masa nyata.

Cara telefon mudah alih yang dikitar semula dan pembelajaran mesin membantu Tembé melindungi tanah air mereka

Sebuah telefon Android dilekapkan pada penyesuai kuasa solar dan mikrofon luaran. Peranti ini, yang diberi julukan Guardian, dapat mendengar bunyi pembalakan haram dari jarak sehingga 1 kilometer.

Guardian disembunyikan tinggi di atas pokok untuk mendapatkan perkhidmatan sel yang lebih baik dan akses kepada cahaya matahari sebagai sumber kuasa. Peranti ini mendengar semua bunyi di hutan pada sepanjang masa.

Model TensorFlow Rainforest Connection menggunakan pembelajaran mesin untuk menganalisis audio yang dirakam oleh Guardian dan belajar untuk mengenal pasti bunyi gergaji dan lori balak.

Dalam tempoh beberapa minit selepas pengenalpastian, makluman masa nyata dihantar kepada renjer Tembé, pasukan keselamatan penduduk kampung terpilih yang boleh menghalang atau melaporkan aktiviti pembalakan kepada pihak berkuasa.

Rainforest Connection memberikan sistem pengawasan akustik yang sama kepada rakan kongsi lain yang menentang pembasmian hutan di lima buah negara lain, termasuk Peru, Ecuador dan Romania.

Kini, Ketua Naldo dan suku kaumnya mengawasi tanah mereka, memanjat pokok untuk memasang dan menyelenggara peranti Guardian serta bertindak terhadap makluman pembalakan yang mereka terima. Dengan dilengkapi teknologi baharu ini, kaum Tembé berpeluang untuk melindungi bukan sahaja hutan mereka tetapi keseluruhan cara hidup mereka.

Ketua Naldo Tembé
"Ini ialah impian besar datuk saya, yang kemudiannya menjadi impian besar ibu bapa saya dan kini menjadi impian besar dalam hidup saya. Saya cuba memberikan perkara yang terbaik untuk diwarisi oleh anak dan cucu saya. Melihatkan perkembangan semasa, kini kami sudah berani untuk menaruh harapan yang tinggi."

– Ketua Naldo Tembé

Golongan muda kaum Tembé merayakan budaya mereka dengan memakai cat muka dan hiasan kepala.

Tonton cara Tembé dan Rainforest Connection bekerjasama untuk merealisasikan rancangan hebat ini dalam filem di bawah.

Berita Berkaitan

Cara telefon pintar anda dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa anda dalam kes kecemasan

Cara telefon pintar anda dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa anda dalam kes kecemasan

Perihal enam orang gadis yang menggunakan teknologi untuk mengatasi masalah air minum yang tidak selamat

Perihal enam orang gadis yang menggunakan teknologi untuk mengatasi masalah air minum yang tidak selamat

Temui pasukan yang menggunakan pembelajaran mesin untuk membantu usaha menyelamatkan lebah dunia

Temui pasukan yang menggunakan pembelajaran mesin untuk membantu usaha menyelamatkan lebah dunia

Seorang veteran menemukan misi baharu untuk membina dunia yang lebih inklusif

Seorang veteran menemukan misi baharu untuk membina dunia yang lebih inklusif

Cara AI membantu untuk memberikan amaran awal dalam situasi kecemasan

Kembali ke atas