Ketahui cara Jason Barnes dan mereka seumpamanya menerajui pembentukan sebuah dunia lebih mudah diakses, bersama – dan bukan hanya untuk – komuniti orang kurang upaya.
Jason Barnes gemar bermain dram sejak dia masih kecil. Hakikat ini tidak berubah apabila dia kehilangan lengannya dalam kemalangan elektrik pada usia 22 tahun. Hampir 10 tahun kemudian, minat Jason terhadap muzik telah membawa kepada penciptaan salah satu anggota badan prostetik yang paling canggih di dunia. Hari ini, dia salah seorang daripada berjuta-juta orang kurang upaya yang dapat melakukan perkara yang mereka sukai.
Teknologi yang direka bentuk dengan perkongsian komuniti kurang upaya adalah lebih berguna untuk semua. Semakin ramai orang dalam komuniti kurang upaya menjadi pencipta bersama alat yang membantu mereka dan orang lain mencapai matlamat dan menjalani kehidupan yang mereka impikan.
Membuka peluang untuk penciptaan
Jason Barnes mula bermain dram sebelum dia boleh bercakap. “Saya masih ingat ketika dia berusia 2 tahun”, kata ibunya, Maggie. “Setiap kali kami memainkan muzik, dia akan mula mengetuk kerusi tinggi atau meja makan atau apa-apa sahaja yang dapat dicapainya”. Pada tahun 2012, ketika berusia 22 tahun, tangan kanan Jason dipotong selepas mengalami kemalangan elektrik. Peristiwa ini memulakan bab baharu dalam hidupnya.
Sejak tahun 2013, Jason telah bekerjasama dengan Gil Weinberg, seorang pengarah robotik dan pengasas Georgia Tech Center for Music Technology yang terkenal, untuk membangunkan lengan robot paling canggih di dunia yang boleh bermain dram. Reka bentuk terkini mereka menggunakan platform pembelajaran mesin sumber terbuka Google, TensorFlow.
“Menjadikan teknologi boleh didapati dan mudah diakses oleh semua membolehkan inovasi yang lebih besar dan pantas”.
Sarah Sirajuddin, ketua kejuruteraan untuk pasukan TensorFlow Google
Pembelajaran mesin dapat melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia seperti persepsi visual, pengecaman pertuturan, membuat keputusan dan penterjemahan. “Matlamat utama kami adalah untuk mereka bentuk pembelajaran mesin agar sesiapa sahaja boleh menggunakan pembelajaran mesin semudah mereka menggunakan Gmail,” kata Sarah Sirajuddin, ketua kejuruteraan untuk pasukan TensorFlow Google. “Semakin teknologi lebih mesra OKU, semakin kita memperkasakan orang ramai untuk membina penyelesaian mereka sendiri”.
Daripada mereka bentuk dan menghantar prototaip kepada Jason untuk diuji, Gil berkerja bersamanya di dalam makmal untuk menambah baik lengan prostetik itu, versi demi versi sambil lengan prostetik tersebut dibina. Ini merupakan pengalaman baharu bagi Jason.
“Saya rasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada proses ini. Pada masa lalu, sentiasa ada keluk pembelajaran yang memerlukan saya menyesuaikan diri dengan peranti baharu. Akan tetapi dengan cara ini, alat ini yang telah disesuaikan dengan saya”.
Jason Barnes
Bekerja bersama-sama untuk membina ciri yang lebih baik
“Jika anda tidak pernah menggunakan teknologi bantuan untuk membantu, bagaimanakah anda akan tahu cara untuk mereka bentuk produk yang dapat memanfaatkan teknologi bantuan tersebut? Jawapannya ialah anda tidak akan tahu”.
Vint Cerf, Naib Presiden dan Ketua Mubaligh Kristian Internet di Google
Kerjasama bersama komuniti kurang upaya merupakan bahagian asas dalam proses reka bentuk di Google – sama ada dari segi pembangunan teknologi baharu untuk memenuhi keperluan tertentu atau penambahbaikan peralatan teras.
Sejak tahun 2018, hampir 1,000 peserta telah merakam lebih 1,000 jam sampel pertuturan sebagai sebahagian daripada Project Euphonia. Projek ini diwujudkan untuk membantu orang yang mengalami gangguan pertuturan dapat difahami dengan lebih baik oleh alat yang diaktifkan suara seperti Google Assistant. Pada masa ini, banyak model pengecaman pertuturan tidak dilatih berkenaan suara orang yang mengalami gangguan pertuturan, kerana data yang mencukupi tidak tersedia. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pasukan ini telah bekerjasama dengan rakan kongsi seperti ALS TDI (ALS Therapy Development Institute) untuk mengumpulkan data yang diperlukan agar pengecaman pertuturan lebih mesra OKU. Bagi peserta, projek ini menawarkan peluang untuk membantu pembentukan masa depan pengecaman pertuturan, bukan hanya untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk berjuta-juta orang yang mengalami gangguan pertuturan di seluruh dunia.
Pada tahun 2017, Google menyenaraikan sokongan berjuta-juta penyumbang di seluruh dunia yang dikenali sebagai Jurupandu Tempatan, untuk mengumpulkan maklumat kebolehaksesan sumber khalayak untuk Peta Google. Hari ini, maklumat tentang kebolehaksesan kerusi roda boleh didapati di lebih 15 juta tempat dalam Peta. Anda boleh melihat maklumat tersebut dengan mengklik perihalan dua baris lokasi pada Peta dan menatal ke “Maklumat Kebolehaksesan”. Oleh sebab rangkaian Jurupandu Tempatan, pemilik perniagaan dan penyumbang lain yang semakin berkembang di seluruh dunia, lebih banyak maklumat ditambah setiap hari untuk membantu orang pergi ke tempat yang hendak dituju dengan yakin.
Pada tahun 2017, Google menyenaraikan sokongan berjuta-juta penyumbang di seluruh dunia yang dikenali sebagai Jurupandu Tempatan, untuk mengumpulkan maklumat kebolehaksesan sumber khalayak untuk Peta Google. Hari ini, maklumat tentang kebolehaksesan kerusi roda boleh didapati di lebih 15 juta tempat dalam Peta. Anda boleh melihat maklumat tersebut dengan mengklik perihalan dua baris lokasi pada Peta dan menatal ke “Maklumat Kebolehaksesan”. Oleh sebab rangkaian Jurupandu Tempatan, pemilik perniagaan dan penyumbang lain yang semakin berkembang di seluruh dunia, lebih banyak maklumat ditambah setiap hari untuk membantu orang pergi ke tempat yang hendak dituju dengan yakin.
“Akses kepada maklumat memungkinan seseorang untuk berdikari dan bebas. Mengapa tidak berikan peluang yang sama kepada orang kurang upaya?”
Luis Durán, Jurupandu Tempatan, Santo Domingo, Republik Dominika
“Akses kepada maklumat memungkinan seseorang untuk berdikari dan bebas. Mengapa tidak berikan peluang yang sama kepada orang kurang upaya?”
Luis Durán, Jurupandu Tempatan, Santo Domingo, Republik Dominika
Perkara yang dapat anda lakukan untuk membantu orang
Tindakan anda sangat penting. Berikut ialah beberapa perkara yang dapat anda lakukan untuk membantu dalam membina dunia yang lebih mesra OKU.