Langkau ke kandungan

Temui lelaki yang sedang dalam misi untuk membersihkan udara di Afrika menggunakan AI

Bagi Engineer Bainomugisha dan pasukan Universiti Makerere, iaitu penerima geran Google AI Impact Challenge, jalan raya di Uganda mungkin merupakan jawapan kepada cara menangani pencemaran udara di seluruh Afrika.
Bacaan 2 minit

“Saya seorang yang agak taksub dengan udara”, kata Engineer Bainomugisha sambil memasang kotak hitam kecil di bahagian belakang teksi motosikal di tengah hiruk-pikuk ibu kota Kampala, Uganda. Bagi orang awam, kotak itu mungkin kelihatan seperti kotak yang cukup biasa tetapi alat yang aneh ini digunakan untuk menangani tahap pencemaran yang berbahaya di jalan di bandaraya Kampala. Apabila digabungkan dengan AI, kotak itu berpotensi untuk memperbaik kehidupan dan kualiti udara bagi jutaan orang di seluruh Uganda.

“9 daripada 10 orang menyedut udara yang tidak bersih di seluruh dunia. Malangnya, hal ini kebanyakannya berlaku di negara berpendapatan rendah. Di sinilah kami memainkan peranan kami.”
Engineer Bainomugisha

Engineer yang dibesarkan di luar bandar Uganda menyaksikan pencemaran yang dihadapi Kampala buat kali pertama semasa beliau menempuh perjalanan sejauh 300 km dari rumah keluarganya untuk mengikuti jurusan sains komputer di Universiti Makerere di ibu negara Uganda. Dengan minat terhadap teknologi yang mengalir dalam darahnya, beliau sering bangun pada awal pagi untuk berlatih menulis perisian menggunakan salah sebuah komputer di makmal universitinya. Tidak terlintas di fikirannya bahawa suatu hari nanti beliau akan menggunakan ilmu yang telah dipelajarinya itu untuk membantu orang ramai melindungi diri mereka daripada pencemaran di Kampala dan juga bandar lain.

Kini Engineer merupakan ketua Jabatan Komputer Sains di universiti yang sama dan mengetuai projek AirQo pertama jabatan itu ― inisiatif yang menggabungkan kepintaran manusia, model AI dan kotak yang dilengkapi dengan teknologi pemantauan udara untuk meramalkan corak pencemaran di Kampala.

Engineer membuat penderia di makmalnya di Universiti Makerere Pasukan ini memasang penderia di atas bumbung di Kampala
Pasukan ini memasang penderia pada motosikal yang dikenali sebagai boda boda Foto Engineer Bainomugisha di Universiti Makerere
Engineer dan rakan sepasukannya memasang penderia di atas bumbung di bandaraya Kampala yang sibuk

Engineer dan sepasukan pelajar yang berdedikasi memasang penderia udara di atas bangunan dan bahagian belakang teksi motosikal - dikenali sebagai boda boda dan merupakan salah satu bentuk pengangkutan yang paling biasa di bandar ini - untuk mengumpulkan data pencemaran dari seluruh bandar. Kemudian, pasukan ini menggunakan perisian AI berasaskan awan untuk menganalisis data zarah udara dalam masa nyata dan meramalkan pencemaran setempat. Ramalan ini menawarkan cara untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada masyarakat Kampala dan digunakan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan kualiti udara di darat.

Engineer dan pasukannya di Universiti Makerere merupakan salah satu daripada 20 organisasi yang terpilih daripada lebih 2,600 pemohon yang memohon geran melalui Google AI Impact Challenge: inisiatif Google.org untuk membantu organisasi bukan untung, syarikat permulaan dan penyelidik untuk menggunakan kehebatan AI bagi menangani cabaran sosial dan alam sekitar. Melalui program ini, pasukan Makerere juga menerima bimbingan daripada jurulatih dan mentor dalam kalangan pakar AI Google dan DeepMind sepanjang kursus pemecut AI selama 9 bulan.

Pasukan di Universiti Makerere

Tatkala rangkaian penderia udara bergerak ke sana sini di seluruh Kampala di belakang boda boda, Engineer berharap suatu hari nanti teknologi ini dapat mengurangkan pencemaran di jalan raya di seluruh benua Afrika supaya generasi ini dan generasi akan datang dapat mengetahui erti menyedut udara segar.

Berita Berkaitan

Cara seorang ahli arkeologi memelihara dan berkongsi warisan budaya Mesir dengan dunia.

Perihal seorang wanita yang menggunakan Peta Google untuk mengubah industri pengangkutan dengan trak

Perihal lima orang wanita di DR Congo mencipta peluang menggunakan Carian

Seorang veteran menemukan misi baharu untuk membina dunia yang lebih inklusif

Temui pasukan yang menggunakan pembelajaran mesin untuk membantu usaha menyelamatkan lebah dunia

Perihal seorang wanita yang menyelamatkan nyawa menggunakan motosikal, bank darah dan Peta Google

Perihal enam orang gadis yang menggunakan teknologi untuk mengatasi masalah air minum yang tidak selamat

Kembali ke atas