Langkau ke kandungan

Temui artis yang menangkap gambar dunia tanpa menjejakkan kaki ke luar rumah

tonton filem

The Agoraphobic Traveller

Jalan yang terdapat di Google Street View telah membawa Jacqui Kenny ke pelbagai tempat yang difikirkannya mustahil untuk dikunjungi. Beliau merupakan salah seorang daripada ribuan orang di dunia yang mengalami agorafobia. Bagi Kenny, sekadar memikirkan untuk keluar dari rumah sudah cukup untuk memberikan tekanan dan serangan panik. Ini membuatkan aktiviti seharian seperti pergi ke kedai atau bekerja menjadi sukar, bahkan mustahil. Rumahnya menjadi tempat perlindungan dan sempadan yang menentukan saiz dunianya.

Idea itu datang pada suatu hari semasa dia sedang mengklik lalu Google Street View. Dia terjumpa adegan yang menarik hati tentang seekor anjing yang berlari di belakang kereta kamera Street View. Jacqui membetulkan kedudukan bingkai, mengklik tangkapan skrin dan berfikir:

"Cantiknya gambar itu.”

Beliau melalui tempat-tempat terpencil di pelosok dunia yang sentiasa memperpesonakannya, seperti Peru dan Mongolia, meneroka jalan-jalan kecil dan tempat yang terpinggir dengan tekun, mengabadikan detik menarik yang menyentuh hatinya. Lebih banyak beliau meneroka dengan Street View, lebih banyak beliau menemukan bingkai yang menyentuh hatinya.

Klik imej di bawah untuk menikmati fotograf berserta pengisahan dalam 360º

Dan perkara yang beliau temui di lokasi yang kelihatan asing ini benar-benar menyentuh perasaan mereka yang melihatnya. Didorong oleh keluarganya untuk berkongsi perkara itu, dalam hanya beberapa bulan beliau mengumpulkan lebih daripada 50 ribu pengikut di akaun Instagram nya. Fotonya yang menggambarkan keterpencilan yang amat didambakan, memberikan maksud yang mendalam dan bukan sekadar sekeping foto berbingkai cantik. Mengembara dengan cara ini, dapat pergi ke tempat yang hanya diimpikan sebelum ini, telah membolehkan Jacqui menyuarakan isi hatinya. Beliau mampu meluahkan pemikirannya, sesuatu yang cukup bermakna bagi seseorang yang sukar untuk keluar dari zon selesa mereka. Seperti katanya:

"Agorafobia dan keresahan mengehadkan keupayaan saya untuk mengembara, jadi saya telah menemui cara lain untuk melihat dunia.”

jacqui di mejanya
Gambar dekat Jacqui topi dan bunga
penyediaan bahan pamer pengalaman jalur filem di galeri

Walaupun membingungkan, pendedahan yang baru ditemui ini telah membantu dia berasa selesa melangkah keluar dari cangkerangnya. Pada musim luruh tahun 2017, karya Jacqui dipamerkan dalam satu pertunjukan galeri solo pertamanya di Manhattan. Dengan kerjasama Stories For Good, dia menjual gambar bercetak edisi terhad untuk mengutip dana yang akan disalurkan kepada badan amal kesihatan mental.

Bagi Jacqui, dia maklum bahawa perjalanannya masih jauh, tetapi dia teruja untuk terus memajukan kemahiran fotografinya. Dia tidak tahu ke mana minatnya itu akan membawanya, tetapi dia pasti dia melangkah ke arah yang betul.

Tonton cerita Jacqui

Klik imej di bawah untuk melihat pameran daripada pameran galeri NYC

Darkhan | Mongolia
Darkhan | Mongolia
Ulaanbaatar | Mongolia
Ulaanbaatar | Mongolia
Emeelt | Mongolia
Emeelt | Mongolia
Ulaanbaatar | Mongolia
Ulaanbaatar | Mongolia
Bio Kombinat | Mongolia
Bio Kombinat | Mongolia
Baganuur | Mongolia
Baganuur | Mongolia
Nalaikh | Mongolia
Nalaikh | Mongolia
Nalaikh | Mongolia
Nalaikh | Mongolia
Mongolia
Mongolia
Nalaikh | Mongolia
Nalaikh | Mongolia
Nalaikh | Mongolia
Nalaikh | Mongolia
Zuun Mod | Mongolia
Zuun Mod | Mongolia
Wilayah Shumen | Bulgaria
Wilayah Shumen | Bulgaria
Nakhodka, Primorsky Krai | Rusia
Nakhodka, Primorsky Krai | Rusia
Wilayah Issyk-Kul | Kyrgyzstan
Wilayah Issyk-Kul | Kyrgyzstan
Wilayah Chuy | Kyrgyzstan
Wilayah Chuy | Kyrgyzstan
Wilayah Talas | Kyrgyzstan
Wilayah Talas | Kyrgyzstan
Smolyan | Bulgaria
Smolyan | Bulgaria
Kyrgyzstan
Kyrgyzstan
Kyrgyzstan
Kyrgyzstan
Winslow, Arizona | AS
Winslow, Arizona | AS
Congress, Arizona
Congress, Arizona
Sun City, Arizona
Sun City, Arizona
Sun City, Arizona
Sun City, Arizona
Mexico
Mexico
Rankin, Arizona | AS
Rankin, Arizona | AS
Sonoro | Mexico
Sonoro | Mexico
Sonora | Mexico
Sonora | Mexico
Durango | Mexico
Durango | Mexico
UAE
UAE
Sonora | Mexico
Sonora | Mexico
Mexico
Mexico
St Louis | Senegal
St Louis | Senegal
Senegal
Senegal
Senegal
Senegal
Piura | Peru
Piura | Peru
Piura | Peru
Piura | Peru
Cajamarca | Peru
Cajamarca | Peru
Cajamarca | Peru
Cajamarca | Peru
Wilayah Lima | Peru
Wilayah Lima | Peru
Wilayah Lima | Peru
Wilayah Lima | Peru
Daerah Marcona, Ica | Peru
Daerah Marcona, Ica | Peru
Daerah Marcona, Ica | Peru
Daerah Marcona, Ica | Peru
Puno | Peru
Puno | Peru
Arequipa | Peru
Arequipa | Peru
Arequipa | Peru
Arequipa | Peru
Tacna | Peru
Tacna | Peru
Tacna | Peru
Tacna | Peru
Calama | Peru
Calama | Peru
Wilayah Antofagasta | Chile
Wilayah Antofagasta | Chile
Andacolla | Chile
Andacolla | Chile
Wilayah Atacama | Chile
Wilayah Atacama | Chile
Cape Town, Tanjung Barat | Afrika Selatan
Cape Town, Tanjung Barat | Afrika Selatan

Berita Berkaitan

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Seorang pencinta muzik muda mencari hala tujunya dengan mengikut panggilan paus

Kembali ke atas