Langkau ke kandungan

Menyuarakan pendapat pelajar melalui teknologi

826 Valencia dan Google bergabung untuk memperluas imaginasi

Pusat Valencia 826 di Daerah Tenderloin San Francisco sentiasa membuat orang melihat dua kali. Tiada banyak kedai untuk anda membeli mesej di dalam botol, membeli pen dakwat sotong gergasi atau memanjat ran dua tingkat di dalam bangunan. Persimpangan Golden Gate Avenue dan Leavenworth ialah tempat pelajar dari seluruh bandar berkumpul selepas sekolah dan menyampaikan cerita mereka dengan sedikit bantuan daripada tutor sukarela.

"Matlamat 826 Valencia adalah untuk mengubah hubungan golongan muda kepada penulisan", kata Lauren Hall, pengarah geran dan penilaian untuk penulisan bukan untung. Dengan mencetuskan kreativiti, organisasi ini membantu "golongan muda melihat penulisan sebagai alat dan tempat yang berkuasa." Kehangatan serta keajaiban ruang ini juga bukanlah suatu kebetulan. Sebenarnya, hal ini penting untuk cara organisasi bukan untung ini menangani kuasa celik huruf. Tujuannya bukan semata-mata untuk mengalakkan kanak-kanak menulis. Kami mahu mereka teruja tentang menulis. Oleh itu, persekitaran yang merangsang imaginasi pelajar dari saat mereka melangkah masuk adalah penting.

Tanda Perniagaan
Kedai Lawatan Kelas Sekolah
Bilik Darjah Papan Kapur

Lokasi Tenderloin—dan suasana unik yang diilhamkan oleh kisah tentang ikan yang bernama King Carl—merupakan terbitan daripada kisah asal di Mission District, San Francisco. Tapak baharu ini dapat dibangunkan dengan geran Impact Challenge bernilai $500,000 daripada Google.org. Sepasukan pekerja Google turut terlibat. Mereka menjadi sukarelawan bersama kakitangan agensi ini untuk mencari jalan agar teknologi dapat merealisasikan idea pelajar.

Pasukan itu memutuskan bahawa alat lukisan 3D Google, Tilt Brush, dapat membantu mereka. Tilt Brush, yang membolehkan anda melukis dalam ruang 3D dan membuat calitan berus lukisan bersaiz orang dengan realiti maya, boleh menjadikan karangan pelajar itu menjadi dunia 360 darjah yang mengasyikkan. “Kami cuba menjadikan penulisan aktiviti yang menyeronokkan dan menguatkan cerita mereka,” kata Hall. “Saya rasa inilah satu-satunya cara yang lebih nyata untuk menjadikan hasil tulisan pelajar ini lebih menarik, iaitu dengan membuat pengalaman sebenar yang membolehkan anda masuk ke dalamnya.”

surat mesyuarat
tutor

Setiap minggu, pelajar gred dua dan tiga sekolah yang berdekatan berkumpul di pusat Tenderloin. Mereka menulis cerita bersama-sama, masing-masing menyumbangkan beberapa baris ayat tentang planet yang dikuasai oleh cinta. Pada masa yang sama, seorang artis tempatan akan mengilustrasikan dunia yang mereka gambarkan menggunakan Tilt Brush. Teknologi ini seolah-olah membawa dimensi baharu kepada penulisan mereka.

Pada majlis pelancaran buku ini, penulis muda dan ibu bapa mereka dapat mengalami cerita tersebut. Dengan menggunakan Google Cardboard, iaitu alat realiti maya yang ringkas dan yang hanya memerlukan telefon pintar, mereka dapat merasai pengalaman melawat planet baharu ini dalam VR 360 darjah. Daripada sekadar membaca tentang dunia yang direka oleh anak mereka, ibu bapa ini berdiri di tengah-tengah dunia tersebut.

Di planet yang dikuasai oleh cinta, rumah diperbuat daripada marshmallow, sekolah dilanjutkan hingga gred 30 dan orang ramai sentiasa boleh menjadi diri mereka sendiri. Lori taco sering terbang ke sana ke mari. Kembali ke Bumi, pelajar bercakap tentang melihat butiran yang mereka bayangkan menjadi nyata (“saya tulis itu!”), ketawa mendengar cerita yang mereka tulis bersama, dan sekali-sekala, menjangkau ke hadapan — cuba menyentuh imej di hadapan mereka, seolah-olah imej itu juga sama nyata seperti nyatanya rumah pokok bersaiz enam belas kaki di dalam bangunan di satu simpang di Golden Gate Avenue.

Berita Berkaitan

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Seorang bapa menggunakan YouTube untuk menghasilkan mata palsu yang lebih baik untuk anak perempuannya

Kisah seorang lelaki yang membongkar masa silam dibantu oleh Google Earth dan alat pengesan logam

Kisah seorang lelaki yang membongkar masa silam dibantu oleh Google Earth dan alat pengesan logam

Seorang artis agorafobia menggunakan Google Street View untuk menangkap gambar dunia

Kembali ke atas