Kisah seorang sarjana sastera yang menggunakan pembelajaran mesin untuk merungkaikan sejarah Jepun
Dengan bantuan daripada TensorFlow
Skrip lama akan pupus apabila tidak dikenali atau dibaca lagi, seperti skrip Jepun purba, Kuzushiji.
Sarjana sastera Tarin Clanuwat merupakan sebahagian daripada sekumpulan kecil individu yang dapat memahami skrip yang hampir pupus ini.
Dengan berbilion dokumen yang ditulis menggunakan skrip Kuzushiji, Tarin mempelajari sendiri cara menggunakan TensorFlow, iaitu platform pembelajaran mesin sumber terbuka Google, untuk menyalin semula dokumen tersebut kepada skrip Jepun moden.
Alat yang boleh disesuaikan sepenuhnya dan tersedia untuk penyelidik di mana-mana jua ini mungkin dapat membantu untuk merungkaikan sejarah, sains dan budaya nadir Jepun sejak abad ke-8 lagi.
Oleh sebab Tarin menggunakan pembelajaran mesin, perkara itu menjadikan Kuzushiji lebih mudah untuk diakses oleh orang ramai pada hari ini.
📚
{[slideCounterCtrl.currentSlide + 1]} / {[slideCounterCtrl.slideCount]}